PRU 15: PH Menang Jika Temui Naratif Politik Baharu


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yakin Pakatan Harapan (PH) boleh menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sekiranya mempunyai naratif kempen yang baharu.


Katanya, naratif jatuhkan Najib, tolak GST dan sebagainya hanya sesuai pada sekitar 2018. Sekarang perlukan naratif baru. Kepada orang tidak bekerja macam mana? Mahasiswa menganggur, 500,000 tak bekerja bagaimana? Malindo Air buang pekerja dan isu-isu ekonomi.


Naratif baharu perlu untuk memberi keyakinan kepada rakyat. Kalau rakyat nampak PH boleh memberi keyakinan maka mereka akan sokong. Mengenai masalah yang dilanda Perikatan Nasional, menurut Hassan, keadaannya lebih kronik berbanding PH.


PN tidak mempunyai tokoh untuk memimpin selepas Parlimen bubar. BN pula mempunyai cita-cita untuk menjadi kerajaan bersendirian seperti sebelum PRU 14 lalu.


Tidak mustahil PN dan BN akan bercelaru dalam pembahagian kerusi dan calon PM.


Oleh itu, kata Hassan PH hanya perlu mengekalkan undi Melayu, Cina, India yang diperolehinya sekarang untuk menang dalam PRU 15.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER