top of page

PRU 15, pertandingan tiga hingga empat penjuru - Abdullah Sani



Pertelagahan berterusan antara Perikatan Nasional (PN) dan sekutunya Umno-BN diramal akan menyebabkan berlaku pertembungan tiga hingga empat penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, pertembungan itu semakin nyata apabila Mesyuarat Biro Politik Umno pada 19 Februari lalu membuat ketetapan bahawa parti itu tidak akan bersama PN dalam PRU akan datang.


Kata Abdullah, hal itu membuka spekulasi akan wujud pertandingan antara PN, BN dan Pakatan Harapan di semua kerusi, malah mungkin menjadi empat penjuru sekiranya melibatkan parti-parti kecil lain.


"Tiada sebab isu tiga penjuru berbangkit kerana ini sudah 'confirm' (pasti). Takkan Umno hendak bersama dengan pengkhianat (PN)?


"Kebarangkalian itu telah hampir menjadi kenyataan (tiga penjuru) dan ianya adalah lebih menjurus kepada langkah seterusnya, sama ada berlaku tiga atau empat penjuru. Empat penjuru boleh berlaku sebab politik ini dinamik," katanya ketika dihubungi oleh Suara Keadilan.


Mengulas sama ada Pas akan menyebelahi PN atau Umno BN dalam pertandingan empat penjuru itu, Abdullah berkata, Muafakat Nasional juga akan berantakan menjelang PRU kerana ketidakjujuran Pas di dalamnya.


"Pengkhianatan yang berlaku ini bukanlah satu episod baru. Episod demi episod pengkhianatan akan terus berlaku sesama mereka, termasuk oleh Pas sendiri.


"Sejak bila mereka (Pas) bersifat jujur? Pengkhianatan (Pas) sudah menjadi kebiasaan termasuk dengan PR (Pakatan Rakyat) suatu ketika dulu dan ianya sudah menjadi permainan tetap Pas," tegas Abdullah Sani lagi.


Baru-baru ini, penganalisis politik meramalkan hampir pasti pertembungan tiga penjuru akan berlaku dalam PRU 15. Namun mereka kurang yakin Pas akan kekal bersama PN melihat kepada sikap parti itu yang sering bermain 'dua kolam'.


Pas dakwa penganalisis politik akan menilai situasi pada saat-saat akhir. Mereka mungkin memberi keyakinan untuk pemimpin Bersatu membubarkan Parlimen pada ketika ini, namun sekiranya melihat peluang lebih cerah menjadi kerajaan bersama BN tidak mustahil Pas akan berpindah sokongan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page