top of page

PRU 15 peluang perbaiki mutu kehidupan, harumkan semula nama negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 17, 2022
  • 3 min read


Rakyat dihadapkan sekali dalam 5 tahun untuk mengubah tantanan negara, menjadikannya lebih berkebajikan dan dipandang tinggi di mata dunia.


Hal itu ditekankan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khas diambang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pada 19 November ini.


Tegas Anwar, Malaysia pernah menjadin contoh dan harapan kepada dunia tatkala kemajmukannya menjadi elemen mengikat antara kaum dan hal itu mesti dikembaikan demi integriti dan nama baik rakyat.


"Satu masa kita berbangga dengan sisi ekonomi yang dinamik dan berencam. Sekolah dan sistem pendidikan yang unggul serta masyarakat yang mesra dan peramah.


"Kita menjadi tarikan pelabur asing, para pelajar serta pelancong seantero dunia. Kita cemerlang di pelbagai sisi dan lapangan, terutama di rantau ini dan diteladani dunia luar sebagai pemangkin harapan serta perubahan," katanya.


Namun semua itu berubah sebaik sahaja krisis politik melanda pada 1998 dan menjadikan Malaysia tenggelam dalam masalah perebutan kuasa pemerintah dan oligarki yang berpanjangan serta merosotkan keberkesanan pendidikan.


Untuk dua dekad selepasnya, kata beliau, generasi baharu tidak lagi menikmati kehidupan berkualiti sebagaimana yang dijanjikan pemimpin sebelumnya.


"Generasi muda hari ini menyaksikan dimensi yang amat berbeza daripada yang pernah kita kenal sebelumnya. Kesepaduan antara kita semakin melonggar. Tahap kesejahteraan terus memburuk. Kedudukan negara di peringkat dunia merudum dan terus menghilang.


"Negara tetangga semakin jauh di depan dalam pelbagai bidang. Tantangan ekonomi yang dihadapi rakyat di bawah menjadi semakin sulit tatkala harga barangan asas terus melonjak dan menjadi beban kepada warga yang miskin serta melarat untuk menjamin kelangsungan hidup untuk keluarga dan anak anak.


"Harga ayam melambung naik, harga cili semakin mahal, harga minyak (masak) semakin tidak masuk akal, telur tak ada.


"Sekolah zaman hari ini tidak ada kualiti untuk mempersiapkan anak anak kepada narasi akan datang mendepani tantanan semasa. Ramai tidak mampu membeli ubat ubatan. Peniaga kecil menderita, ramai yang telah kehilangan punca pendapatan," ujarnya.


Oleh itu, menurut calon Perdana Menteri ke 10 itu, rakyat perlu melakukan pelarasan besar besaran (great reset) dalam PRU 15 bagi memastikan khazanah negara diurus dengan sikap yang bertanggungjawab, mengelak pembaziran dan kebejatan selain menjamin asas hidup seperti sekolah yang baik, bekalan makanan mencukupi, doktor dan perawat berkemahiran serta akses yang adil kepada sistem kesihatan.


Pengerusi Pakatan Harapan itu juga menyeru kepada rakyat yang akan keluar mengundi pada Sabtu ini agar memikirkan masa hadapan mereka secara mendalam sebelum membuat keputusan.


"Apa yang kita perlukan saat ini adalah sistem ekonomi yang membela kita semua. Kita amat memerlukan kebijakan yang mendukung 1.2 juta pengusaha kecil dan usahawan yang menjadi tulang belakang eknomi serta menganjakkan negara keluar dari kemelut ekonomi.


"Kita perlu menggalakkan inovasi dengan peluang kerja dengan upah tinggi. Kita lakukan yang terbaik dalam memastikan kebajikan ibu bapa kita terbela. Di mana wang mereka habis dalam masa pandemik serta menjamin masa depan yang gemilang buat generasi muda


"Kita komited untuk menjaga kebajikan semua penjawat awam. Semua matlamat menggariskan ini tidak mampu dicapai tanpa dukungan mereka dan kepimpinan yang terampil dalam Harapan.


"Saudara saudari akan menjadi saksi dalam penambahbaikan mutu perkhidmatan awam serta mutu kehidupan rakyat ke satu tahap yang belum pernah disaksikan. Kita boleh," katanya.


Anwar berikrar untuk terus patuh kepada prinsip Perlembagan, termasukklah memelihara agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, penetapan hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan raja Melayu.


Namun hak setiap rakyat berbilang kaum, katanya akan terus terpelihara dan maruah mereka dihormati.


Sebuah kerajaan yang stabil, ujarnya, hanya akan wujud jika kepimpinannya mengutamakan peraturan dan undang undang.


"Sebuah kerajaan akan stabil jika kepimpinanya menolak rasuah dan menjunjung kedaulatan undang undang. Harapan menawarkan satu formula kerajaan kepada rakyat Malaysia yang akan melaksanakan dasar dasar untuk mengembalikan kegemilangan negara.


"Selepas Harapan mengambil alih kerajaan, saya tidak akan sesekali mengizinkan bertunasnya kebencian. Sikap permusuhan dan kebencian antara kaum


"Kita akan merangkul kerjasama semua kaum, Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Orang Asli untuk mencorak masa depan negara yang lebih sejahtera," katanya lagi.


Teags Anwar, PRU 15 bukan soal menukar PM tetapi peluang terbaik untuk menyelamatkan negara dan melakukan perubahan menyeluruh bagi mengembalikan Malaysia berada di landasan yang betul.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page