top of page

PRU 15: Pas dicabar dedah individu 'sedekah' pada pengundi



Pemimpin Pas dicabar menjelaskan apakah individu yang dilihat memberi wang tunai kepada pengundi dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini merupakan ahli jawatankuasa parti itu.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu Raja Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, persoalan itu mesti dijawab segera oleh pemimpin Pas kerana rakyat berhak mengetahuinya.


"Pemimpin Pas mesti menjawab isu video yang tular menunjukkan seorang warga emas meminta penerima wang pemberiannya bersumpah atas nama Allah mereka mengundi Pas.


"Adakah benar orang tersebut merupakan ahli jawatankuasa Pas di salah sebuah kawasan dalam Terengganu?


"Adakah benar video pemberian 'sedekah' tersebut berlaku di sebuah surau di kawasan Bukit Payong?" soalnya dalam kenyataan.


Pada 16 Januari lalu, Umno Terengganu memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan Pas di parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.


Petisyen di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu antara lain mendakwa Pas telah menyogok pengundi.


Isu sogokan kemudian timbul apabila Presiden Pas Abdul Hadi Awang tampil mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan mendakwa ia adalah sedekah kerana tidak melibatkan calon bertanding atau wakil mereka.


Kenyataan Ahli Parlimen Marang itu kemudian dikritik banyak pihak.


Sementara itu tegas Raja Bahrin, banyak pihak menyatakan perbuatan yang terakam dalam video tersebut bukannya 'sedekah' tetapi rasuah kerana ia melibatkan ikrar yang penerima mesti mengundi Pas.


"Amat penting Pas membuat kenyataan tentang isu ini kerana perbuatan yang dikatakan rasuah ini dipercayai berlaku di sebuah surau yang merupakan tempat suci orang Islam.


"Kami memohon Pas memberi penjelasan atau sekurang-kurangnya menafikan tuduhan-tuduhan yang serius ini bagi menjaga kesucian tempat orang Islam beribadah," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page