top of page

PRU 15: Parti perlu lebih ramai calon wanita - Dr Wan Azizah


Penasihat KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berharap parti akan mengetengahkan lebih ramai calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke 15.


Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Kongres Wanita KEADILAN, pagi tadi.


"Insha Allah di Pilihanraya Umum yang akan datang akan lebih ramai lagi calon Wanita yang akan parti ketengahkan. Tetapi langkah ini bukan untuk mencabar kaum lelaki. Tetapi kita sama-sama permudahkan proses ini.


"Saya ingin berkongsi sebuah kajian Harvard Business Review bertarikh Jun 2019 mendapati Wanita ada kelebihan dalam beberapa perkara.

"Antaranya dalam hal-hal mengambil inisiatif, mereka lebih berdaya tahan, suka kepada pembangunan kendiri (self-development), berbuat sesuatu dengan didorong oleh keputusan, mempamerkan integriti yang tinggi serta jujur.


"Mereka juga dipercayai 84% lebih efektif dalam ukuran kompetensi. Ditambah dengan sifat semulajadi keibuan serta tahap kesabaran yang tinggi, wanita mampu menjadi pemimpin masyarakat dan pemimpin negara yang lebih perihatin dan empati terhadap rakyat," katanya.


Mantan Presiden KEADILAN dari 1999 hingga 2019 itu juga bersyukur melihat keanggotaan parti yang bertambah sehingga melebihi 1 juta ahli.


Beliau berkata, peningkatan itu menandakan parti kekal relevan dan mendapat tempat di hati rakyat.


"Sebagai sebuah parti politik, pilihan raya adalah wadah atau medan utama perjuangan ini. Sudah tentu menang adalah matlamat kita bila memasuki medan perang pilihan raya. Untuk menang kita harus kekal relevan di hati rakyat. Untuk menang kita harus menjadi kelompok yang dipercayai dan dilihat sebagai mampu memberi harapan penyelesaian masalah yang melanda


"Saya menyeru Wanita khususnya dan anggota parti umumnya, untuk terus meraih sokongan di kawasan masing-masing. Tambah ranting, tambah keanggotaan kita dalam kalangan rakyat, wanita dan anak-anak muda serta Srikandi.


"Tahniah di atas usaha semua yang telah bekerja keras. Parti kini telah mempunyai sejumlah 2,028 ranting seluruh negara, dan saya yakin usaha ini akan sama-sama kita lipat gandakan lagi," katanya.


Dalam ucapan sama, Dr Wan Azizah turut mengkritik langkah kerajaan yang terus tidak mempedulikan desakan untuk membuka semula sidang Parlimen.


Katanya, penutupan Parlimen menyebabkan kerajaan tidak boleh mendengar pelbagai pandangan dan suara rakyat serta gagal mengeluarkan resolusi mengutuk kekejaman Israel dalam konflik terbaharu di Timur Tengah


"Isu-isu rakyat tidak dapat dibahaskan dengan tuntas. Selain dari isu-isu kesenjangan ekonomi, kesihatan mental rakyat, keganasan rumahtangga, anak-anak dan isteri maut di tangan pengasuh dan suami, isu pendidikan juga terus menjadi tumpuan tanpa penyelesaian yang mendasar dari kerajaan sekarang.


"Penutupan Parlimen juga telah tidak membolehkan negara menyatakan pendirian secara tegas terhadap isu-isu kemanusiaan

sejagat seperti pemusnahan etnik dan dasar apartheid yang sedang dilakukan secara kejam oleh regim zionis Israel terhadap

rakyat Palestin," katanya.


Dr Wan Azizah mengingatkan perlunya KEADIAN kembali ke tampuk kuasa. Dengan mengimbau usaha yang dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dan berpeluang membuat pelbagai dasar serta menyemak pelbagai undang-undang yang terkait dengan keganasan berasaskan gender.


"Di antara dasar paling kuat pernah kita angkat di peringkat nasional termasuklah memperincikan Garis Panduan Perkahwinan bawah Umur dan selanjutnya membawa kepada komitmen Negeri Selangor yang telah menjadi negeri pertama meminda Undang undang perkahwinan bawah umur khususya di bawah Enakmen Undang-undang keluarga Islam Negeri Selangor.


"Inisiatif kita yang lain adalah terkait dengan isu hangat yang sedang diperkatakan hari ini iaitu isu gangguan seksual. Statistik Awam menunjukkan bahawa peningkatan kes gangguan seksual secara fizikal dan online meningkat setakat Januari- April 2021. Kita cukup komited dalam memastikan roadmap RUU ini mendapat input dan akan dibentangkan mengikut jadual persidangan Parlimen," katanya lagi.


Di samping itu, Ahli Parlimen Pandan itu juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh dalam kejayaan penganjuran Kongres Wanita KEADILAN secara atas talian.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page