top of page

PRU 15 musim tengkujuh: Pengundi, mangsa banjir berhimpit di sekolah digenangi air?



Cadangan pemimpin Umno termasuk presidennya, Ahmad Zahid Hamidi untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dalam musim banjir pada November ini dianggap sebagai mengarut.


Bagi Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom, cadangan tidak masuk akal itu hanya akan menambah penderitaan rakyat ketika Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan akan berlaku banjir pada musim tengkujuh


Lebih membingungkan lagi, katanya, di manakah pula pengundi akan membuang undi kerana mengambil pengalaman banjir besar sebelum ini separuh negeri berkemungkinan tenggelam, dan dewan atau sekolah yang berada di kawasan tinggi dijadikan pusat pemindahan.


"Desakan yang begitu kuat kepada Perdana Menteri oleh Presiden Umno secara terbuka agar PRU diadakan semasa musim banjir amat mendukacitakan.


"Bagaimana Presiden Umno yang pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu tidak mengambil kira kesusahan dan tekanan yang dialami rakyat biasa menghadapi pelbagai asalah jika berlakunya banjir? Adakah Presiden Umno melihat pertarungan mengambil kuasa lebih penting daripada membantu rakyat yang dalam kesusahan?


"Selain pelbagai agensi terpaksa dikerahkan menguruskan banjir, dalam masa yang sama perlu juga menguruskan pelbagai proses selepas pembubaran parlimen sehinggalah berakhirnya proses kiraan undi, golongan guru-guru juga yang terlibat sama sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya bakal mengalami tekanan jika PRU diadakan hujung tahun ini.


"Bayangkan situasi, jika banjir berlaku, sekolah digunakan sebagai pusat perpindahan dan di sebelahnya pula terpaksa dijadikan pusat pembuangan undi," kata Hasan dalam satu kenyataan.


Manakala bagi kawasan yang mungkin tidak teruk dilanda banjir, menurut beliau lagi, sekolah akan menjalankan peperiksaan penting pada hujung tahun atau awal 2023 dan guru guru bersiap sedia untuk hal tersebut.


Katanya, menjelang Periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diadakan penghujung Februari 2023, guru-guru perlu menumpukan usaha untuk membuat persediaan rapi kepada semua calon peperiksaan bagi memastikan mereka bersedia untuk menghadapi SPM.


"Tambahan pula, mulai penghujung Oktober ini sehingga Mac tahun hadapan, ada banyak program pra-SPM dan pra-peperiksaan akhir tahun bagi semua peringkat yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.


"Justeru jika diadakan PRU dalam tempoh terdekat, ia akan mengganggu proses persediaan ini, malah guru-guru yang sedia terbeban akibat kerja-kerja pengkeranian yang banyak akan tambah tertekan dengan adanya PRU semasa musim peperiksaan


"Di manakah belas ehsan pimpinan Umno dan ahli-ahli politik yang terus mendesak diadakan PRU dalam tempoh terdekat sedangkan guru-guru kita sedang menumpukan usaha membimbing anak-anak menghadapi SPM yang menjadi peperiksaan awam terpenting di negara kita?" katanya.


Oleh itu, Pengerusi Biro Pendidikan dan Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional itu menggesa pemimpin Umno untuk berfikir dengan lebih bijaksana dalam menguruskan negara.


Katanya, amat tidak sesuai jika PRU diadakan pada masa terdekat, malah usaha membantu rakyat dalam proses pendidikan anak-anak harus menjadi keutamaan buat masa ini berbanding perebutan kuasa.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page