top of page

Pemilihan 2025: Anwar bina ruang demokrasi, suburkan bakat kepimpinan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 minute ago
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Persaingan dalam Pemilihan 2025 termasuk melibatkan jawatan timbalan presiden bukanlah satu perpecahan sebaliknya manifestasi kematangan politik dan kekayaan bakat di dalam KEADILAN bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Fahmi Ngah berkata pertandingan itu dilakukan secara sihat, terbuka dan demokratik yang dilangsungkan dalam semangat kekeluargaan.


"Pemilihan ini bukan tentang mencari perbezaan, tetapi tentang memperkukuh perpaduan dan membina masa depan parti.


"Ia membuktikan bahawa KEADILAN di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wadah politik yang memberi ruang kepada demokrasi dalaman, pertumbuhan kepimpinan dan semangat reformasi yang berterusan," ujar beliau dalam kenyataan hari ini.


Fahmi yang juga calon bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2025 berkata pertandingan melibatkan Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden menzahirkan komitmen KEADILAN untuk terus memberi ruang kepada tokoh muda dan berwibawa tampil ke hadapan memimpin parti dan negara.


"Kedua-dua calon ini bukan asing dalam perjuangan reformasi. Nurul Izzah, sebagai anak kepada presiden parti, telah menempuh jalan politik yang penuh cabaran sejak usia muda, membawa suara wanita dan generasi baharu ke barisan hadapan.


"Rafizi pula dikenali dengan pendekatan strategik dan keberanian membawa idea baharu, khususnya dalam menangani isu-isu dasar dan ekonomi rakyat," ujarnya.


Jelas beliau selepas episod getir Langkah Sheraton, mereka antara individu yang kembali menghidupkan semangat reformasi, merapatkan saf dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti.


"Mereka kekal berdiri teguh ketika ramai memilih untuk meninggalkan perjuangan," katanya lagi.


Dalam pada itu, Fahmi merakamkan ucapan tahniah kepada Anwar yang terus diberikan mandat sebagai Presiden parti dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN yang baharu, Kamil Abdul Munim


"Semoga terus teguh memimpin generasi baru ke arah masa depan yang lebih progresif dan inklusif," kata beliau lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page