PRU 15 mungkin bulan September, Rafizi mulakan kempen Ayuh Malaysia 1 Julai



Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang dijangkakan oleh penganalisis politik akan berlaku pada tahun 2022 ini memerlukan kempen politik dilakukan dalam masa terdekat.


Bagi Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, menyedari semakin suntuknya waktu berkempen maka pasukan Ayuh Malaysia yang diwujudkan beliau untuk membantu membawa perubahan politik dalam negara akan memulakan kempen seawal Julai ini.


"Saya akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu bermula 1 Julai sebagai persediaan menghadapi PRU15. Jangkaan saya Dewan Rakyat akan dibubarkan pada Ogos atau September 2022 untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan oleh kerajaan baru," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kata Rafizi lagi, tumpuan kempen Ayuh Malaysia adalah pertama, untuk meyakinkan pengundi tegar KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan; Kedua, pengundi Atas Pagar yang akan mengundi di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan dan Ketiga, pengundi kali pertama dari kalangan pengundi muda bawah 25 tahun dan mereka yang tidak pernah mengundi di kerusi-kerusi utama.


"Saya berpendapat KEADILAN dan PH boleh menjadi blok terbesar di Dewan Rakyat selepas PRU 15 sekiranya jumlah pengundi tegar pelbagai bangsa yang sebelum ini keluar mengundi KEADILAN dan PH dapat ditingkatkan untuk mencecah 70% jumlah keluar mengundi," ujarnya


Selain itu, beliau berpendapat PH juga berpotensi memenangai pilihan raya sekiranya berjaya memikat kembali 5% daripada pengundi Atas Pagar yang beralih sokongan selepas PRU14 lalu untuk kembali mengundi gabungan itu.


Beliau juga berharap KEADILAN dan PH akan berjaya merebut 30% sokongan daripada jumlah pengundi kali pertama pelbagai kaum.


"Saya akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia memandangkan tahap kelesuan pengundi terhadap parti-parti sedia ada amat tinggi.


"Kempen akan bermula dengan satu latihan peringkat nasional kepada sukarelawan-sukarelawan Ayuh Malaysia yang akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 dari jam 2 petang ke 5 petang di Kuala Lumpur.


"Kami meletakkan sasaran 30,000 sukarelawan dari seluruh negara untuk berkempen bagi KEADILAN dan PH di kerusi-kerusi marginal.


"Latihan peringkat nasional akan memberi tugasan dan latihan kepada sukarelawan-sukarelawan dalam bidang khusus seperti Ejen Tempat Mengundi (PACA), kempen rumah ke rumah, kempen menelefon pengundi dan kempen media sosial," katanya.


Justeru, calon Timbalan Presiden KEADILAN itu menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia yang pernah menjadi sukarelawan, atau yang ingin menyumbang, untuk hadir sebagai sukarelawan dan menjalani latihan pusat pada 2 Julai ini.


Tambahnya, mereka yang berminat boleh mula mendaftar dan butiran pendaftaran akan diberikan di laman www.ayuhmalaysia.org


Menurutnya, Ayuh Malaysia akan mengadakan satu majlis kutipan dana pada hari sama bermula jam 8 malam bertempat di SJKC Chung Kwo, Kuala Lumpur. Tiket-tiket boleh mula dibeli mulai minggu ini secara atas talian di laman sesawang Ayuh Malaysia


"Saya akan juga mengumumkan jadual kempen mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen minggu ini," katanya.


Rafizi menjelaskan kempen Ayuh Malaysia kali ini akan menggunakan beberapa pendekatan. Salah satunya menggunakan trak untuk ceramah kepada orang ramai bagi menarik minat rakyat kepada penyelesaian masalah dan kesan undi mereka kepada pentadbiran negara.


Majlis diskusi dengan kumpulan tertentu mengenai isu-isu khusus katanya, juga akan diadakan di dalam dewan untuk mengupas pandangan pakar dan orang ramai dalam mencari penyelesaian kepada masalah-masalah negara


Oleh itu, beliau menyeru sukarelawan dan pendukung KEADILAN atau PH yang pernah bersama-sama dalam kempen Invoke pada 2018 lalu untuk kembali menyertai kempen Ayuh Malaysia Julai ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER