
Rakyat Malaysia digesan berhati hati agar tidak sekali lagi dikelirukan oleh BN dan PN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15
Menurut Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari, BN akan mengelirukan rakyat dengan sikap bermusuh menghadapi PN dan begitu juga sebaliknya.
Namun kata beliau, di belakang tabir mereka berpakat menyokong satu sama lain.
"PRU kali ini cabaran besar kerana rakyat cuba dikelirukan.
"PN tak lain hanya macai BN. Dari awal saya dah beriahu mereka kalau buat Langkah Sheraton yang bermanfaat besar adalah Umno BN yang rasuah.
"Tak sempat saya beritahu jalan Langkah Sheraton. Lepas itu tak ada yang baik dengan negara kita. PM bertukar berulang kali, krisis demi krisis. Berdepan ketidaktentuan.
"Sekarang matawang kita lagi buruk daripada 1998. Semua kerana kepimpinan kita yang tertipu dengan Umno, kemudian jadi hamba Umno
"Sebab itu di luar dia kata Umno rasuah, esok balik Putrajaya dia duduk satu kelompkk dengan Umno BN," katanya dalam ceramah Rapat Mega KEADILAN di Nibong Tebal, malam tadi.
Katanya, hanya PH yang mempunyai tradisi membela rakyat.
Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan, Kerajaan Negeri membela kebajikan rakyat Selangor dengan memberi subsidi RM12 juta untuk merendahkan harga barang keperluan ketika harga di seluruh negara melambung.
Katanya, jika negeri lain menghadapi kekurangan ayam, telur atau minyak masak, rakyat Selangor boleh membelinya dengan harga yang rendah malah ayam yang dijual RM20 seekor boleh didapati dengan harga RM10.
"Dulu masa kita buat adakah sebab nak PRU bulan Ogos, September? Tidak. Program ini bermula dengan program Selangor agro market. Bila dibuat pada 2020 pada wkatu PKP. Kerajaan Negeri pergi ladang dan jual balik dengan subsidi.
"Zaman PH perintah Najib sebut bawa RM50 tak banyak dapat beli sebab barang naik. Tetapi musim perayaan, PH berjaya kawal peningkatan harga barangan. Sekarang kerajaan hilang kawalan," katanya.
Selain itu, MB juga menempelak propaganda Umno kononnya PH takut kalah sekiranya PRU dilakukan pada waktu banjir.
Katanya, Umno BN akan kalah jika lakukan PRU meredah banjir.
"Ini bukan soal takut PRU. Kita tahu masalah banjir
"Hari ini dua daerah dah buka Pusat Penindahan Sementara di Johor, Pontian dan Kluang. Kita bagi tahu tunggu kejap. Yang tak sabar kenapa?
"Saya jumpa ketua jabatan mereka tak setuju ada PRU. Tetapi Umno tahu kerana makin lama dia tangguh makin banyak hal terbongkar. Mereka yakin rakyat akan terpecah belah sebagaimana di Melaka dan Johor
"Tetapi saya percaya keadaan semakin baik. Kalau dulu PRU undi Rabu. Dia pilih hari Rabu itu pun 20 - 30% (tambahan) tolak BN sekarang dia lancar pulak undi banjir waktu banjir.
"Pergilah buat, kita yakin kita tak payah buat apa apa Umno BN akan kalah PRU akan datang," katanya lagi.