top of page

PRU 15: Gelombang sokongan berdasarkan geografi merisaukan - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 21, 2022
  • 2 min read


Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dilihat bukan semata mata gelombang pengundi menolak gabungan tertentu sahaja tetapi terpecah pecah menjadi arah tuju politik yang kurang jelas.


Hal tersebut, bagi Ketua Penerangan KEADILAN agak membimbangkan kerana berbanding PRU 14 lalu gelombang terarah kepada menolak kleptokrasi. Kali ini bercampur campur dan parti yang memainkan isu kaum dan agama sempit mendapat sokongan meluas di banyak kawasan.


"Saya rasa ada dua tiga trend yang kita kena teliti. Katalah Lembah Pantai, PH tambah majoriti. Tetapi masa sama di banyak tempat kita lihat ada trend gelombang kepada PN


"Di Lembah Pantai PH meningkat majoriti 14,000 undi. Di masa sama kita tengok kemenangan setengah pemimpin seperti Amirudin Shari (menang besar di Gombak), Aminuddin Harun menang majoriti besar di Port Dickson.


"Namun di tempat lain kita lihat seakan akan ada gelombang berdasarkan geografi (sebelah Utara, Tengah dan Timur). Ini sebenarnya sedikit merisaukan kerana seakan ada realiti sosial politik yang sangat berbeza antara wilayah


"Di Utara ada satu gelombang. Di tengah dan Selatan ada gelombang berbeza. Ini bagi saya merisaukan. Lebih dari itu saya belum sempat meneliti," katanya kepada Suara Keadilan.


Cuma, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, PH tidak menjangka banyak pengundi akan termakan kempen murahan di tiktok yang faktanya separuh benar atau sama sekali dusta untuk menjadi pendorong mereka mengundi menolak tawaran memulihkan negara oleh PH.


"Pukulan paling hebat kepada kerusi kita di Kuala Kedah, Merbok, Kulim Bandar Baru, Permatang Pauh dan Alor Setar. Itu satu pukulan yang tak diduga dan saya masih sedang melihat," katanya.


Bagaimanapun, katanya, dalam kemaraan PN kali ini yang paling terkesan adalah BN yang kehilangan banyak kerusi.


"Tidak boleh dinafikan parti paling teruk terpukul adalah BN.


"BN banyak tewas kepada PN. Saya tak sangka Baling jatuh ke tangan PN atau Rompin atau Tanjong Karang.


"Malam (keputusan PRU) yang mengejutkan," katanya lagi.


1 comentario


rossli5063
14 ene 2023

Salam,Apa yg sy perhatikan Dalam pilihanraya umum ke15 yg lepas,tidak banyak penekanan dan perhatiann diberikan kepada pengundi muda dan pengundi yg. bekerja di luar daripada negeri dimana mereka mengundi.Sebagai contoh pengundi muda dari negeri Kelantan,Terengganu,Kedah yang bekerja di Selangor,Kuala Lumpur,Putrajaya,Johor,Negeri sembilan dan lain negeri tidak diambil peduli Oleh pimpinan PH dalam rangka kempen2 Yang mereka lakukan.Banyak kempen Di negeri pantai Timur, Kedah Dan Perlis tetapi arang muda Yang berkelana Di negeri seperti tersebut diatas tidak disantuni dan diberi ambil peduli,sedangkan pihak parti lawan terutama nya PAS ada menubuhkan skuad kempen kepada anak muda dan pengundi luar ini.Setiap Dun/Parlimen bagi negeri tersebut mempunyai wakil/Yang bergiat aktif memancing pengundi luar ini.Sebab itulah mereka boleh mempengaruhi pengundi ini dengan bergaya.


PH jugak pada…

Me gusta

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page