top of page

PRU 15: Bukan Umno tetapi Agong putuskan bila sesuai dilaksanakan

Updated: Oct 4, 2022



Pemimpin tertinggi Umno secara tidak bertanggungjawab membayangkan mereka mempunyai kuasa memutuskan bilakah Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 wajib diadakan.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim membidas pendapat yang hanya berpihak kepada Perdana Menteri (PM) Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan tidak mengambil kira peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai kuasa pemutus terakhir.


"Top 5 Umno tidak ada kuasa perundangan untuk menekan PM Ismail Sabri membubarkan Parlimen bagi diadakan PRU dalam keadaan Malaysia diancam banjir monson tengkujuh.


"Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian pula tidak bertanggungjawab kerana hanya menyebut Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu Agong mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri.


"Ahmad Maslan cuba menyembunyikan fakta Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budibicara kepada Agong untuk bersetuju atau menolak permohonan PM untuk membubarkan Parlimen di bawah Perkara 40(2)(b).


"Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan," kata Hassan mengingatkan.


Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan itu juga menegaskan, kuasa budibicara Yang diPertuan Agong di bawah Perkara 40 (2)(b) tersebut disediakan di bawah Perlembagaan untuk menjamin Parlimen Malaysia tidak dibubarkan dengan mudah oleh parti politik berkuasa


"Kuasa budibicara Agong di bawah Perkara 40 (2)(b) ini menjamin Parlimen Malaysia tidak dibubarkan secara sesuka hati


"Ini adalah satu jaminan Perlembagaan Persekutuan supaya negara Malaysia ini tidak jatuh ke tangan kuasa ologarki seperti Top 5 Umno yang Presidennya sedang menghadapi pertuduhan Rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana keputusan di akhir kes pembelaan dijangka akan disampaikan pada bulan Disember tahun 2022 ini," katanya.


Justeru, Hassan membidas Top 5 yang mahukan pilihan raya hujung tahun ini tidak mempedulikan kesensaraan rakyat menghadapi musim tengkujuh, banjir atau kegawatan ekonomi.


"Mereka hanya mementingkan usaha merebut kuasa.


"Ini satu penyalahgunaan kuasa oleh PM sekiranya Ismail Sabri takut dan tunduk kepada oligarki Umno.


"Malaysia yang demokrasi mesti diselamatkan dari golongan oligarki Umno yang fasis," tegasnya.


Malaysia pernah menyaksikan Agong menolak permintaan PM Muhyiddin Yassin yang memohon darurat kali pertama pada hujung 2020 lalu.


Tidak mustahil juga permintaan PM Ismail untuk bubar Parlimen ditolak kerana rakyat sedang menghadapi musibah banjir.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page