top of page

Protes Langkah Sheraton: Hentikan siasatan terhadap pengerusi Bersih 2.0 - William Leong


Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen menggesa pihak polis supaya menghentikan segera siasatan ke atas pengerusi kepada badan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0, Thomas Fann yang mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan aman menolak Langkah Sheraton di Dataran Merdeka pada bulan Februari.


Beliau berkata, rakyat seharusnya bebas menyuarakan sebarang pendapat serta bebas mengadakan sebarang tunjuk perasaan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.


"Akta Perhimpunan Aman 2012 memberi ruang kepada rakyat untuk menyuarakan sebarang kebimbangan menerusi perhimpunan, malah ia dibuat dalam keadaan yang aman dan demokratik.


"Hak berhimpun secara aman dan hak bersuara juga adalah asas kebebasan seperti yang tertera dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, William menganggap pihak polis juga mempunyai peranan dalam membantu rakyat berhimpun dengan aman, bukannya menyiasat penganjur perhimpunan tanpa sebab yang munasabah.


"Akta perhimpunan aman memperuntukkan polis dan pihak berkuasa untuk membantu berhimpun selain melindungi rakyat dan menghalang daripada sebarang kekacauan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghalang rakyat untuk mengadakan protes dan demonstrasi.


"Dalam situasi ini, siasatan polis terhadap Fann dilihat tidak selari dengan hasrat dan objektif akta perhimpunan, sebaliknya ia lebih kepada satu cubaan untuk mengganggu, mengancam dan mengalang rakyat daripada bersuara.


"Tindakan tersebut perlu dihentikan segera," katanya.


Polis baru sahaja memulakan kertas siasatan terhadap Fann di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 mengenai satu seruan menerusi akaun Facebook rasmi Bersih 2.0 pada 29 Februari.


Seruan itu mengajak rakyat untuk menyertai perhimpunan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap ahli politik yang menjayakan Langkah Sheraton bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekaligus mengkhianati mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page