top of page

Protes di Indonesia: M'sia boleh berperanan wujudkan kestabilan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 minutes ago
  • 2 min read

ree

Malaysia perlu memberi perhatian serius terhadap krisis politik yang sedang melanda Indonesia kerana kesannya boleh merentasi sempadan dan menggugat kestabilan serantau, kata Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).


Menurutnya, Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan rapat yang berakar pada sejarah, budaya, bahasa, dan aspirasi serantau melalui ASEAN, selain lebih tiga juta warga Indonesia bekerja di Malaysia.


"Sebarang ketidakstabilan di Indonesia akan memberi kesan langsung kepada Malaysia, sama ada dalam bentuk gelombang migrasi besar-besaran termasuk tekanan sosial dan ekonomi kerana jumlah warga Indonesia di Malaysia yang terkesan.


"Juga gangguan perdagangan dua hala yang bernilai lebih RM120 bilion setahun," katanya dalam kenyataan.


Tegas Azmi, kedudukan Indonesia sebagai ekonomi terbesar ASEAN dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi AS$1.3 trilion serta mewakili hampir 40% populasi di rantau ini menjadikannya “anchor” kepada keseimbangan serantau.


"(Jika Indonesia bermasalah) sejumlah warga Indonesia di Malaysia terkesan.


"Pasaran serantau juga akan hilang keyakinan, pelabur antarabangsa menarik keluar modal.


"Nilai ringgit, baht, peso, dan dong turut terkesan akibat rantaian kejatuhan rupiah," katanya.


Jelas Azmi, gelombang protes besar-besaran yang kini merebak ke lebih 60 bandar termasuk Jakarta, Surabaya, Medan dan Makassar, telah menyebabkan kerugian ekonomi mencecah AS$10 bilion dan mengganggu sektor pelancongan, perniagaan kecil serta perdagangan sempadan.


Malaysia juga, katanya, bakal berdepan cabaran sosial dan keselamatan termasuk gelombang pelarian, peningkatan jenayah rentas sempadan, penyeludupan, serta pemerdagangan manusia di Selat Melaka.


Oleh itu, Malaysia bukan sahaja perlu memandang kepentingan langsung tetapi juga memainkan peranan sebagai pemimpin ASEAN bagi memastikan Indonesia kembali stabil.


"Malaysia akan menerima kesan pertama akibat kedekatan geografi, hubungan ekonomi, dan migrasi pekerja


"Jika dibiarkan rantau ini berisiko menjadi zon tidak stabil, menjejaskan imej ASEAN sebagai blok ekonomi ketiga terbesar dunia," ujarnya.


Dalam hal ini, kata Azmi, Malaysia boleh cuba membangun diplomasi proaktif dan menjadi perantara penting, melanjutkan pengalaman dalam proses damai Filipina (Mindanao) dan Selatan Thailand dalam kerangka mewujudkan kestabilan di negara jiran serumpun itu pada waktu ini.


Krisis di Indonesia meruncing sejak 25 Ogos lalu apabila rakyat membantah kerajaan meluluskan kenaikan cukai tanah dan bangunan (PBB-P2) sehingga 250% di Pati, Jawa Tengah.


Biarpun kerajaan akur, tetapi isu berlanjutan ke kota besar lain termasuk Jakarta dan Medan.


Selain itu, rakyat tidak puas hati mengenai 580 anggota parlimen menerima elaun perumahan 50 juta rupiah (RM15,400) sebulan sejak September 2024.


Kerajaan setuju membatalkan elaun tersebut hujung tahun ini.


Bagaimanapun, kecelakaan yang menimpa seorang penunjuk perasaan dirempuh kenderaan polis dan meninggal dunia menyebabkan kebangkitan rakyat menjadi rusuhan besar merosakkan harta benda sejak beberapa hari lalu.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page