top of page

Proses sisa makanan hasilkan makanan ternakan murah - Nurin Aina



Negara mampu menghasilkan makanan ternakan murah sekali gus menurunkan harga ayam segar di pasaran sekiranya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan segera melancarkan kempen memproses sisa makanan menjadi makanan ternak secara besar besaran.


Menurut Ahli Parlimen Merbok, Nurin Aina Surip, dianggarkan trend kutipan sampah di Malaysia sebanyak 4 juta tan setahun dan 45% daripada komposisi sampah itu terdiri daripada sisa makanan.


Hal itu ditimbulkan beliau dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat semalam terkait isu meningkatnya harga makanan ternakan berikutan konflik Rusia dan Ukraine.


"Saya turut membangkitkan kajian yang pernah dilakukan selama empat tahun oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 2020 bertajuk ‘Conversion of Food Waste via Two-Stage Fermentation to Controllable Chicken Feed Nutrients by Local Isolated Microorganism’ yang mana menggunakan sisa sisa makanan diproses secara saintifik bagi menghasilkan dedak ayam berprobiotik tinggi.


"Dapatan kajian ini juga menunjukkan dalam tempoh 2 minggu disimpan, kualiti daging ayam komersial bertukar pucat dan tidak segar manakala daging ayam yang diberi makan dedak probiotik masih kekal merah dan segar disebabkan mengandungi beta-carotene," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, dedak makanan haiwan merupakan input penting dalam segmen penternakan kerana perbelanjaan makanan meliputi 70% kos pengoperasian ternakan ayam.


Kenaikan harga makanan itu, jelas Nurin, memberi impak yang besar kepada para penternak ayam seluruh negara. Bahan mentah makanan seperti jagung dan soya untuk penghasilan dedak, kata Nurin, majoritinya diimport dari luar negara. Kebergantungan itu juga memberi kesan yang negatif jangka panjang kerana harga kedua dua komoditi bukan dalam kawalan negara.


"Justeru, saya berharap Kementerian MAFI melihat peluang ini sebagai satu dasar memanfaatkan sisa makanan terbuang untuk menjadi sumber makanan ternakan, khususnya ternakan ayam.


"Ia adalah suatu yang perlu dilihat dengan serius untuk benar-benar diketengahkan kerana bukan sahaja harganya lebih murah daripada dedak ayam komersial membabitkan kos operasi RM0.43 sen sekilogram dan dijual pada RM1.00 sekilogram," katanya lagi.


Dalam pada itu, Nurin menyokong pihak Kementerian menggalakkan penanaman jagung dalam industri pertanian bagi menggantikan import.


Namun katanya, beliau turut mengharapkan sisa makanan sedia ada yang terbuang begitu sahaja dimanfaatkan sebaik baiknya bagi mengurangkan kos lebih 3,000 penternak ayam di negara ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page