top of page

Proses saman Chegu Bard sudah dimulakan - Amirudin



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan proses saman ke atas Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard sedang berjalan.


Amirudin berkata, tuduhan dilemparkan pempengaruh pro Perikatan Nasional (PN) itu kononnya beliau meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikatnya sendiri dilakukan sebagai satu strategik bagi mengalih pandangan rakyat.


"Beberapa fakta yang diberikan juga salah dan tersasar, bertujuan menarik perhatian ramai bagi membina satu persepsi buruk terhadap saya.


"Proses saman atau pengurusan sudah diadakan antara Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd dan Chegu Bard sejak dua minggu lalu," katanya dipetik.


Amirudin berkata begitu kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Kenderaan Mikromobiliti E-Scooter di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Pada 20 April lalu, Chegu Bard membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mendakwa Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri.


Pada masa sama, beliau turut berkongsi hantaran di Facebook berkaitan laporan polis itu kononnya disokong dengan dokumen, di mana kerajaan negeri Selangor memberikan 40 hektar tanah di Dengkil kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page