top of page

Proses pewartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara selesai



Proses pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang sebelum ini dinyahwartakan pada 2021 sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat exco dua minggu lalu.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan proses pewartaan semula HSKLU itu sudah dimuktamad dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri.


Justeru isu tersebut, katanya dianggap selesai dan pelaksanaannya akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).


"Sudah (diwartakan semula) dalam mesyuarat exco dua minggu lalu. Jumlah keluasan hutan masih sama seperti sebelum ini. Pelaksanaan akan dilakukan oleh JPNS," katanya selepas Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam.


Penyahwartaan HSKLU sebelum ini telah dimaklumkan oleh Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian di Sidang DUN, 30 Ogos 2021.


Loy Sian menyatakan keputusan itu dicapai semasa mesyuarat exco pada 5 Mei 2021 yang disahkan pada 19 Mei tahun sama, dengan pihaknya memutuskan kira-kira 536.70 hektar daripada keseluruhan kawasan HSKLU diluluskan untuk dinyahwarta di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.


Katanya, sebanyak 581.48 hektar kawasan turut diluluskan sebagai gantian hutan simpan kekal di negeri ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page