top of page

Proses pertukaran kerajaan berjalan, di dalam atau di luar Belanjawan 2021



Proses pertukaran kerajaan dari Perikatan Nasional (PN) kepada Pakatan Harapan (PH) masih berjalan biar pun ramai melihat hal itu seolah-olah gagal dilakukan dalam pengundian Belanjawan 2021 peringkat dasar pada 26 November lalu, juga beberapa siri undian peringkat jawatankuasa.


Bagi Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, pertukaran kerajaan bukanlah proses yang boleh dilakukan dalam beberapa hari. Sebaliknya memerlukan masa yang panjang dan perancangan yang rapi.


"Politik ini satu bidang yang sangat dinamik, ia berubah dari minit ke minit, hari ke hari. Sebab itu kita ada ketua (Datuk Seri Anwar). Bila kita pilih dan dia buat keputusan sebaik mungkin, saya rasa ada hikmahnya dan kita turut keputusan itu.


"Sifat politik adalah maraton, bukan pecutan 100 meter. Kita akan melalui proses yang panjang. Ramai kawan-kawan yang kecewa kerana mereka sangat berharap perubahan kerajaan (26 November). Kita faham. Kalau berlaku hari itu senang. Tidur dah lena.


"Tetapi nampaknya benda besar tak berlaku mudah. Harapan lain, realiti lain," katanya dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia baru-baru ini.


Menurut Dr Azman lagi, sekiranya pertukaran tidak berlaku dalam proses Belanjawan 2021 kerana PH mahu menjaga kepentingan rakyat maka masih ada proses lain yang boleh berlaku selepas itu.


"Perlu saya sebut bahawa sasaran dan objektif kita berjalan terus. Dari segala apa yang saya ikuti setakat ini, itu (pertukaran kerajaan) adalah satu proses lain yang tidak bersama belanjawan.


"Hari itu jika berlaku penolakan belanjawan yang berjaya maka masalah besar kepada kerajaan PN. Kemungkinan besar PN jatuh. Tapi bila ia tak berlaku, bukan bermakna proses pertukaran kerajaan terhenti. Ia terus berlaku. Saya rasa kita kena yakin dan terus bekerja," katanya lagi.


Banyak pihak menyalahkan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengarahkan Ahli Parlimen PH tidak menolak Belanjawan 2021 ketika undian peringkat dasar.


Bagaimanapun terdapat banyak siri undian selepas itu dan undian akhir yang diputuskan pada 17 Disember depan merupakan titik muktamad kelulusan belanjawan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page