top of page

Proses pengesahan pelanggan PADU hanya ambil masa kurang 5 minit



Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menafikan dakwaan bahawa proses Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital (e-KYC) iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan mengambil masa tiga hari.


Menerusi hantaran di aplikasi X, beliau memaklumkan proses itu hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan setakat ini.


"Piawaian industri e-KYC yang diberikan oleh sistem e-KYC dalam pasaran menyebut tiga hari (seperti juga aplikasi yang ada dalam pasaran), tetapi setakat ini, e-KYC bagi pengguna yang mendaftar (untuk PADU) hanya mengambil masa kurang lima minit untuk disahkan.


"Setakat 5 petang, lebih 40,000 e-KYC telah disahkan dan pendaftaran dalam baris gilir e-KYC (untuk disahkan) ialah dalam 300.


"Dengan prestasi sedia ada seperti ini, insyaAllah e-KYC akan diproses oleh algoritma dalam tempoh kurang lima minit, jadi tidak timbul e-KYC akan mengambil masa tiga hari," katanya.


Terdahulu bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menerusi X meminta orang ramai segera mendaftar di portal PADU kerana bimbang maklumat kad pengenalan boleh digunakan individu lain kerana kelulusan e-KYC yang mengambil masa tiga hari.


Rafizi memberitahu sekiranya berlaku keadaan akaun mana-mana individu didaftarkan oleh orang lain, pengguna boleh terus ke meja bantuan yang terdapat dalam talian, menghubungi pusat panggilan atau ke kaunter fizikal.


PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.


Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai mulai semalam sehingga 31 Mac ini bagi mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.


Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page