top of page

Proses pemansuhan AUKU perlu diteruskan


Gabungan mahasiswa mahu proses pemansuhan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 diteruskan bagi membela nasib pelajar universiti dan menangani pelbagai masalah yang dihadapi mahasiswa ketika ini.


Ini selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) enggan melaksanakan proses pemansuhan tersebut.

Dalam satu kenyataan bersama, Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Mahasiswa DAP, Mahasiswa AMANAH Nasional dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menganggap proses pemansuhan AUKU wajar dibincangkan oleh KPT meskipun berlaku pertukaran kerajaan.


"Sehingga hari ini, persoalan dan tuntutan yang dibangkitkan oleh kebanyakan persatuan mahasiswa yang gusar dengan perkembangan semasa masih gagal dijawab oleh pihak kementerian.


"Meskipun proses pemansuhan AUKU dihentikan, kami tetap konsisten untuk bersama semua pihak dalam menyusun usaha dan kerjasama bagi memansuhkan AUKU.


"Isu pengangguran, peluang pekerjaan, paras garis kemiskinan dan gaji minima mampu diketengahkan dengan lebih berkesan melalui sebuah Kesatuan Mahasiswa yang berautonomi. Ini hanya boleh terlaksana jika AUKU dimansuhkan," menurut kenyataan itu.


Sebelum ini, proses pemansuhan AUKU hampir menjadi kenyataan menerusi usaha libat urus oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersama pemegang taruh universiti melalui Jawatankuasa Pemansuhan AUKU.


Usaha itu adalah bagi menghasilkan sebuah akta baharu yang lebih menyeluruh dan mesra warga universiti.


Namun, krisis politik negara dan kejatuhan kerajaan PH telah mengekang usaha itu daripada diteruskan.

Pada masa sama, gabungan mahasiswa itu juga menuntut supaya KPT kembali ke meja rundingan untuk berbincang bersama wakil-wakil berkepentingan mahasiswa, ahli akademik dan badan bukan kerajaan bagi menyelesaikan beberapa isu.


"Jika rundingan gagal dilaksanakan, bagaimana status usaha untuk menubuhkan Kesatuan Mahasiswa oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Penubuhan Kesatuan Mahasiswa di universiti seluruh negara?


"Apakah nasib Kesatuan Mahasiswa di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa?


"Persoalan-persoalan ini harus dijawab dengan segera oleh KPT," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page