top of page

Proses pelantikan Ketua Hakim Negara 'lambat' tetapi ikut prosedur

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 17
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Pelantikan Ketua Hakim negara yang disifatkan oleh pembangkang dan pengkritik sebagai 'lambat' kerana pihak kerajaan mengikut prosedur selengkapnya dan membenarkan semua pemegang taruh terlibat.


Aktivis Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali (gambar) berkata isu pelantikan Ketua Hakim Negara sebenarnya mempunyai proses dan prosedur yang teratur dan telus tetapi mungkin tidak diikuti sepenuhnya sebelum ini.


Menerusi muat naik di Facebook, beliau tegas menegur pihak yang suka mengkritik agar jangan sesekali terkeliru, malah pelantikan jawatan tersebut bukan boleh dilakukan secara ‘tebuk atap’.


Justeru beliau tampil menerangkan secara terperinci tentang prosedur standard pelantikan secara pentadbiran dan bukannya berdasarkan politik.


''Pertama, surat perakuan rasmi daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mengikut Akta JAC 2009 (Akta 695).


''Kemudian Perdana Menteri (PM) menyampaikan nama ke Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 122(B)1 Perlembagaan Persekutuan.


''Seterusnya perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) diperoleh mengikut Perkara 122(B)1 Perlembagaan Persekutuan.


''Surat Cara Pelantikan disediakan dan dimeterai, diikuti dengan Majlis Angkat Sumpah di Istana Negara, kemudian warta rasmi dan pemakluman dikeluarkan sebelum serah terima tugas dijalankan sebagai langkah terakhir.


''Ini bukan jawatan yang boleh ‘diangkat di tepi longkang’ seperti sejarah yang kita pernah alami zaman lalu,'' katanya yang juga dikenali sebagai Syam Ghaz.


Menurut Syam Ghaz lagi, kini merupakan masa yang tepat untuk Anwar yang juga Presiden KEADILAN memimpin agenda reformasi dalam institusi kehakiman negara.


Ujarnya, Anwar bukan sekadar mangsa sejarah, sebaliknya kini memegang jawatan sebagai PM dengan amanah besar iaitu memastikan kezaliman yang pernah menimpanya tidak berulang kepada rakyat lain dan keluarga dalam masyarakat.


''Jika institusi ini (kehakiman) tidak direformasi secara menyeluruh (mulai) sekarang, maka rakyat akan terus terdedah kepada pengkhianatan kuasa dan ketidakadilan.


''Jangan fikir kamu boleh tawan institusi dengan jerit pekik. Kuasa sebenar datang daripada sistem yang dihormati rakyat dan Raja serta mengikut Perlembagaan.


''Tentang siapa Ketua Hakim Negara yang baharu.. jawapannya tunggu dengan sabar.. ikut undang-undang dan hormati proses.


''Kerajaan MADANI tak main lantikan ikut 'tebuk atap'.. kita bukan seperti kamu dulu.. cap ayam!,'' bidas beliau lagi.


Dalam pada itu, Syam Ghaz mengingatkan terdapat PM sebelum ini yang mengenepikan calon dicadangkan oleh JAC dan memberi nama pilihan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong.


Pelantikan memang dibuat dalam waktu singkat tetapi menimbulkan kontroversi kemudiannya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page