top of page

Proses mahkamah tuntutan RM10 juta ke atas Ahli Parlimen lompat masih berjalan




Proses mahkamah menuntut pampasan RM10 juta daripada Ahli-ahli Parlimen KEADILAN yang melompat parti masih berjalan mengikut prosedur.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, parti itu telah membantah permohonan yang tidak berasas difailkan oleh bekas pemimpinnya, Zuraida Kamaruddin untuk membatalkan tuntutan atas alasan bertentangan dengan undang-undang.


"Kedua-kedua pihak sedang dalam proses membalas afidavit. Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes yang seterusnya pada 1.4.2021 untuk mendapatkan arahan lanjut berkenaan dengan kes ini," kata Chean Chung dalam satu kenyataan.


Berkenaan pengkhianatan terbaharu melibatkan Ahli Parlimen Tebrau dan Julau, katanya surat tuntutan telah dihantar kepada Steven Choong.


"KEADILAN telah menghantar surat tuntutan RM10 juta kepada Steven Choong, Ahli Parlimen Tebrau.


"Beliau perlu menjelaskan pampasan tersebut dalam tempoh 7 hari, dan jika tidak, tindakan mahkamah akan diambil.


"Ahli Parlimen Julau Larry Sng tidak bertanding di bawah parti KEADILAN dalam PRU14 maka tidak tertakluk kepada perjanjian tersebut," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page