top of page

Proses disiplin KEADILAN diteruskan, 348 anggota dipecat


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) meneruskan tindakan disiplin ke atas beberapa ahli dan pimpinan yang didapati merugikan parti susulan Langkah Sheraton yang menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan pada Februari lalu. Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 21 Mac dan 26 April lalu telah meluluskan beberapa syor Lembaga Disiplin berkenaan tindakan terhadap anggota yang didapati melanggar disiplin parti. "(Dalam proses itu) seramai 348 anggota dipecat. Ini termasuk beberapa pimpinan seperti Muhammad Jailani Bin Khamis (Alor Gajah), See Chee How (Stampin), Vernon Albert Kedit (Betong), Mohd Nazree B. Mohd Yunus (Rembau) dan Syarul Ema Rena Binti Abu Samah (Masjid Tanah) "MPP juga telah bersetuju menggantung sementara keanggotaan 285 anggota sesuai dengan fasal 41.6 perlembagaan parti. "Lembaga Disiplin sedang meneliti setiap aduan dan bukti-bukti terhadap mereka dan akan mengesyorkan tindakan selanjutnya kepada MPP," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Fahmi, terdapat empat pimpinan yang keanggotaan mereka digantung iaitu Haniza Mohamed Talha (Pandan), Dr Afif Bahardin (Permatang Pauh), Mohd Radzlan Jalaludin (Subang) dan Rahimah Majid (Kudat). Sementara lima kes lagi, katanya, Lembaga Disiplin mengeluarkan surat tunjuk sebab. Dari jumlah itu satu melibatkan naib presiden Chua Tian Chang (Batu). "Dalam mengendalikan setiap kes disiplin KEADILAN berpandukan kepada perlembagaan parti dan menghormati prinsip keadilan sejagat. "KEADILAN akan terus menjalankan proses membaikpulih parti selepas episod pengkhianatan yang membawa kepada jatuhnya sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui mandat rakyat Februari lalu," ujar Fahmi. Beliau percaya dengan penyingkiran ahli dan pimpinan yang berkhianat, selepas ini KEAIDLAN akan bertambah kukuh dan lebih tangkas dalam melaksanakan agenda Reformasi total bagi membawa perubahan kepada negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page