top of page

Promosi media: RM700 juta dibelanjakan kerajaan terdahulu



Oleh: Noraini Nordin


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendedahkan di Parlimen, perbelanjaan keseluruhan oleh pentadbiran terdahulu bagi kerja-kerja pengiklanan, promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan mencecah jumlah RM700 juta.


Katanya, perbelanjaan tersebut bagi tempoh tiga tahun iaitu antara tahun 2020 hingga 2022.


Dua Perdana Menteri yang berkuasa dari tahun 2020 hingga 2022 ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Ini bermakna, kata beliau, secara purata, lebih RM200 juta setahun dibelanjakan sepanjang pentadbiran dua Perdana Menteri sebelum ini bagi tujuan menguar-uarkan usaha kerajaan melalui semua platform media massa.


"Ia termasuklah media cetak, media sosial, radio dan juga televisyen," ujarnya.


Anwar menjelaskan demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran yang ingin tahu jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk kerja-kerja promosi dan publisiti menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital dan juga media televisyen sepanjang tahun sejak tahun 2020 hingga kini.


Sehubungan itu, tegas Anwar, mengambil kira komitmen kerajaan pimpinannya untuk berbelanja lebih berhemah, beliau komited untuk mengurangkan belanja komunikasi berkaitan.


"Pada tahun ini, perbelanjaan setakat Oktober 2023 tidak mencecah RM100 juta dan itupun berdasarkan kontrak yang telah dimeterai pada tahun lalu iaitu sebelum Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran negara," jelas Anwar lagi.


Bagi tahun depan iaitu 2024, Anwar berkata, beliau telah memgarahkan agar perbelanjaan promosi itu dikurangkan dengan tidak melebihi RM100 juta setahun.

 

"Bererti ia tidak lebih separuh daripada apa yang dibelanjakan oleh dua pentadbiran kerajaan sebelum ini," tambah beliau.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page