top of page

Projek tender terbuka: Rasuah Busters sokong penuh usaha kerajaan



Rasuah Busters Perak menyokong penuh usaha Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak lagi membenarkan kelulusan perolehan tanpa tender.


Pengerusinya, Profesor Dr Hasbullah Ashari dalam satu kenyataan yang disiar semalam berkata, pihaknya mencadangkan supaya tatacara pengurusan tender dan dokumen dapat diperkukuh dan dititikberatkan supaya dapat mengelakkan daripada kebocoran, ketirisan dan rasuah.

Profesor Dr Hasbullah Ashari

"Kita mahu pelaksanaan (keputusan tidak membenarkan lagi) kelulusan perolehan tanpa tender ini diperkukuhkan.


"Ini kerana bagi saya, sistem dokumen itu sudah sempurna dan umumnya, baik cuma mengemaskinikan pelaksanaannya serta memastikan audit berjalan dengan baik.


"Lagipun, perkara ini dah lama terjadi, maka tatacara (pengurusan tender) perlu diuruskan dengan baik agar dapat memastikan hasrat Perdana Menteri dilaksanakan, terpulang kepada kekuatan kerajaan baharu," katanya dipetik.


Sebagai rekod, Anwar pada perjumpaan pertama bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 29 November lalu menyatakan pendirian dan komitmennya tidak mahu membenarkan kelulusan projek tanpa tender dalam pentadbirannya.


Tegas Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, tidak boleh lagi negara ini terus dengan mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah.


Kenyataan itu kemudian diterjemah dengan mengarahkan supaya semua perjanjian berhubung dengan pelaksanaan projek pelaksanaan 5G di seluruh negara disemak semula.


Ia berikutan pelaksanaan perjanjian projek berkenaan tidak dilaksanakan secara telus.


Sehari selepas itu, kerajaan mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page