top of page

Projek tebatan banjir seluruh Selangor bakal selesai isu banjir kilat



Kerajaan Negeri Selangor bertekad akan menyelesaikan keseluruhan masalah banjir kilat atau banjir bermusim di negeri itu.


Menurut Menteri Besar (MB), Datuk Seri Amirudin Shari, beberapa projek tebatan banjir sedang berjalan ketika ini bagi memastikan tidak akan berlaku lagi banjir kilat di beberapa kawasan sebagaimana baru-baru ini.


"Projek tebatan banjir caruman parit telah diterima (peruntukan) sebanyak RM44 juta. Peruntukan ini dari Kerajaan Negeri


"Ia bagi menyelesaikan isu banjir di Serdang, Blue Water Estet, Taman Seri Muda, Seksyen 22 Shah Alam dan kampung Delek.


"Sebahagain projek ini sedang bergerak dan ada yang selesai pada hujung tahun ini. Sebahagiannya selesai pada 2022. Dan ada yang baru dipohon dan akan selesai pada 2024 dan 2025.


"Rancangan tebatan banjir Sungai Buloh yang sedang berjalan kita diberi peruntukan RM50 juta dan hasil tendernya adalah sebanyak RM34 juta dan ia masih di peringkat pembinaan yang akan diselesaikan pada 2024, melibatkan lokaliti Bukit Kucing, Parit Mahang di Kuala Selangor.


"Yang lain-lain masih proses reka bentuk. 3 projek bermula 2022 dan 1 projek pada 2023 mengambil masa 3 - 4 tahun untuk lengkap sepenuhnya," katanya dalam sidang media, semalam.


Manakala bagi menangani isu banjir kilat di Shah Alam, sehingga rancangan tebatan banjir siap sepenuhnya, Majlis Bandaraya Shah Alam, kata MB, telah mengeluarkan peruntukan segera sebanyak RM7 juta.


"Langkah segera di Shah Alam oleh MBSA adalah berbelanja sekitar RM7 juta untuk menambah pam bagi mengawal keadaan banjir khususnya di Seksyen 13, Seksyen 7 dan beberapa yang lain, dan perbelanjaan segera itu dijangka akan mengurangkan masalah banjir kilat yang berlaku.


"Dalam jangka panjang peruntukan RM50 juta," katanya.


Bagi proses jangka panjang di seluruh negeri pula, katanya, kerajaan Selangor melalui JPS telah memohon peruntukan kepada kerajaan pusat untuk membina beberapa rancangan tebatan banjir yang mampu menyelesaikan isu secara holistik


"Kita telah diberi maklum kerajaan negeri melalui JPS telah menyiapkan 78 projek dengan peruntukan RM425 juta di bawah RMK 11. Manakala peruntukan dengan syiling RM533 juta telah diluluskan pada RMK 12.


"Untuk penyelesaian holistik masalah banjir ini peruntukan persekutuan jumlah diluluskan sebanyak RM440 juta dan projek yang sedang dalam pelaksanaan iaitu rancangan tebatan banjir Sungai Buluh Fasa 1.


"JPS telah memohon RM1.3 bilion untuk menyelesaikan secara holistik isu banjir di kawasan hotspot seperti RTB Sungai Kapar Kecil dan Sg Kapar Besar yang merangkumi Meru dan Kelang. Rancangan tebatan banjir Sg Langat Fasa 2 untuk mengatasi banjir di Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat.


"Juga tebatan banjir Sg Buloh Fasa 2 untuk mengatasi masalah banjir di Petaling dan Kuala Selangor. Rancangan tebatan banjir anak Sg Udang Fasa 2 untuk mengatasi masalah banjir di sekitar kawasan Selayang dan Gombak, juga rancangan tebatan banjir Sg Kundang untuk atasi masalah banjir di kawasan Bandar Baharu Kundang, Rawang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page