top of page

Projek tebatan banjir RM7 bilion runding terus diteliti semula - Anwar



Projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan serta Kementerian Alam Sekitar dan Air sebelum ini secara runding terus setelah parlimen dibubarkan sekitar dua bulan lalu akan diteliti semula.


Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim projek kontrovesi berkenaan akan ditelusuri dari segi kelulusannya yang didakwa tidak mengikut peraturan, sebelum boleh diteruskan.


"Saya tekankan beberapa kelulusan, termasuk projek tebatan banjir yang peruntukannya sekitar RM15 bilion dan RM7 bilion telah diluluskan tanpa proses tender teratur, kerana itu melalui rundingan terus. Saya minta hal itu diteliti semula supaya ada prinsip ketelusan dan juga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan


"Jumlah ini bukan kecil, atas alasan umpamanya membantu menyegerakan langkah tebatan banjir, tetapi ada masalah bila peraturan tidak dipatuhi dan upaya untuk mencari kesempatan.


"Saya ucap terima kasih kerana pegawai Kementerian bersama (kita). Mereka pada waktu itu mengikut arahan," katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan.


Mengenai sikap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Mohd Nor yang memperolok olokkan tindakan Menteri Kewangan mengurangkan cabutan judi daripada 22 kali kepada 8 kali, Anwar berkata beliau tidak mahu melayan sikap suka mencerca penimpin Pas terbabit.


"Kalau nak layan MB Kedah susahlah. Yang penting bila kita turunkan cabutan judi dari 22 kali ke 8 kali dia kata saya anti Cina (sebelum itu anti Melayu, susahkan perniagaan Syed Mokhtar).


"Kita (kerajaan PH) mula dengan 8 dulu, kemudian (kerajaan PN) naik 22. Dia kata dia bantah, maknanya 4 menteri (Pas) tidak ada upaya.


"Seorang Menteri Kewangan (Pakatan Harapan) buat keputusan dalam masa setengah sehari. Kalau tidak sokong tak apa tetapi tidak perlulah caci," sinis Anwar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page