Projek Tebatan Banjir di Klang disegerakan - Nik Nazmi
- Suara Keadilan

- Jun 7, 2023
- 1 min read
Updated: Jun 7, 2023

Dua Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Klang, Selangor akan dilaksanakan segera bagi mengatasi masalah banjir di daerah tersebut.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek RTB Sungai Batu Enam, Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar itu akan menjadi rancangan jangka panjang penyelesaian banjir kilat di kawasan tersebut.
Sementara bagi rancangan jangka pendek, pihaknya akan meningkatkan kekerapan penyelengaraan sistem saliran kawasan tersebut sebagai solusi jangka pendek.
"Kejadian banjir berlaku di beberapa lokasi sekitar daerah ini melibatkan kawasan Pekan Meru dan Bandar Bukit Raja.
"Banjir tersebut disebabkan hujan yang sangat lebat dan berpanjangan melebihi tiga jam dan bertembung dengan air laut yang pasang," katanya selepas membuat lawatan kerja sekitar Bandar Bukit Raja pada Selasa.
Di Pekan Meru, antara kawasan terlibat banjir kilat. Kawasan yang terjejas biasanya ialah Taman Daya Meru, Taman Daya Maju, Jalan Kasban dan Persiaran Hamzah Alang, manakala di Bukit Raja kawasan dilapor terjejas adalah Bandar Baru Bukit Raja dan Mutiara Bukit Raja.




Comments