top of page

Projek tambak laut hanya bermula selepas EMP diluluskan



Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di negeri itu hanya akan dimulakan selepas Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).


Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata beliau menjangkakan tempoh dua bulan diperlukan untuk EMP diluluskan berbanding kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum ini.


"EMP dijangka tidak akan mengambil masa panjang seperti EIA dan ianya diuruskan oleh peringkat negeri, maka mengikut amalan biasa ia boleh diluluskan dalam masa mungkin dua bulan," katanya dipetik.


Chow bagaimanapun menegaskan, sekiranya JAS merasakan EMP yang dikemukakan tidak lengkap dan perlu ditambah baik maka Kerajaan Negeri bersedia melalui segala proses yang diperlukan.


"Kerajaan Negeri juga akan memastikan kesemua 71 syarat yang ditetapkan dipatuhi bagi melancarkan proses kelulusan EMP.


"Kita akan minta pakar kaji dan letakkan bagaimana kita nak tunaikan syarat itu, maka apa yang terkandung dalam 71 syarat itu sebenarnya bukan perkara baharu, ia sudah dirundingkan di peringkat teknikal tetapi perlu dipatuhi dan EMP adalah untuk memberi komitmen ini dipatuhi melalui mana-mana kaedah," tambahnya.

Terdahulu, projek PSI bernilai RM11 bilion itu mendapat kelulusan EIA daripada JAS, namun perlu mematuhi 71 syarat yang ditetapkan.


Ia akan membabitkan penambakan laut secara besar-besaran, termasuk pembinaan tiga pulau buatan dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut dekat Bayan Lepas yang ia adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page