top of page

Projek SUKE sampai RM4.63 bilion, tetapi tidak utamakan keselamatan?


Keselamatan pengguna jalan raya terus dipersoal selepas satu lagi insiden kecelakaan berlaku di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.


Pengerusi KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bimbang pemaju projek itu seolah-olah tidak mengutamakan aspek keselamatan.


"Ini bukan pertama kali dan saya khuatir sekiranya projek yang melibatkan kos pembinaan RM4.63 bilion, tidak menitik berat faktor keselamatan pengguna jalan-raya dengan lebih terperinci.


"Sebagai penduduk setempat, saya juga berasa bimbang akan keselamatan ahli keluarga setiap kali mereka keluar rumah melalui jalan utama ini," katanya.


Justeru, beliau menggesa pihak bertanggungjawab menyiasat segera kejadian tersebut agar ia tidak berulang lagi di masa akan datang.


"Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa dan diharap pihak berkenaan akan membantu keluarga mangsa dan menyiasat perkara ini secepat mungkin.


"Ahli Parlimen Bandar Tun Razak juga harus peka akan situasi ini dan lebih proaktif menangani kegelisahan penduduk setempat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page