top of page

Projek segera dilaksana atasi banjir di kawasan kritikal - Exco Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 4
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor sedang melaksana beberapa langkah drastik di beberapa kawasan dalam usaha mengatasi masalah banjir kilat.


Exco infrastruktur negeri, Datuk Ir Izham Hashim berkata projek jangka masa segera itu memfokuskan kawasan yang pembangunannya tidak tersusun.


"Projek jangka panjang sedang digerakkan, tetapi kita tidak boleh tunggu projek jangka panjang itu siap kerana banjir beri kesan besar kepada rakyat.


"Jadi kita ambil langkah segera, elak banjir berulang," katanya dipetik dalam satu acara di Sekinchan pada Sabtu.


April lalu, beberapa kawasan sekitar Puchong, Shah Alam, Klang dan Hulu Langat dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang bertembung dengan febomena air pasang besar.


Susulan itu penduduk mendesak kerajaan negeri bertindak segera bagi menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda kawasan itu.


Sementara itu Izham memaklumkan beliau akan turun padang meninjau lokasi sering mengalami banjir di sekitar Klang pada Isnin.


Lawatan melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu untuk memutuskan langkah-langkah segera yang bakal dilaksana.


"Contohnya di Sri Muda kita telah laksana dan selepas ini diteruskan di Klang kemudian di Shah Alam.


"Langkah segera ini diambil sementara menunggu projek jangka panjang siap," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page