top of page

Projek sakit LRA Kedah: '80% penduduk Baling, Kuala Muda bakal terjejas'



Oleh: Abdullah Zaid


Kelewatan dua projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau yang dibiayai Kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah dibimbangi akan menjejaskan penduduk daerah Baling dan Kuala Muda.


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Guna Daya Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, setakat ini kemajuan semasa fizikal projek menaik taraf bagi kedua projek sakit bernilai RM 219.2 juta itu masih berada di paras rendah.


Jelasnya, status kemajuan fizikal LRA Bukit Selambau setakat ini hanya 24.47 peratus berbanding capaian sepatutnya pada 56.29 peratus.


"Manakala, projek LRA Sungai Limau 21.1 peratus, mengikut jadual ia sepatutnya 71.61 peratus. Maka kelewatan projek itu adalah lebih 50 peratus," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mengenai status projek LRA yang sakit dan kesannya terhadap perkhidmatan air di Kedah.


Mengulas lanjut, Akmal berkata LRA Bukti Selambau mendapat lanjutan tempoh masa (EOT) hingga 26 Jun depan, manakala projek sakit LRA Sungai Limau diberi penangguhan siap pada 25 April ini.


"Susulan itu, pihak kontraktor diminta mengemukan pelan pemulihan untuk perbaiki prestasi pekerja dan menambah pekerja serta meningkat peratusan kerja yang jauh ketinggalan berbanding jadual," ujarnya.


Sementara itu, bagi langkah intervensi bekalan terawat negara, Akmal berkata kerajaan pusat ketika ini sedang berusaha meneroka sumber air baharu selain membina takungan air pinggiran sungai.


"Kedua pembinaan loji rawatan air baharu dan menaik taraf loji rawatan supaya selari dengan pembangunan negeri dan penggurangan kebocoran serta pengguna air alternatif terus dipergiat," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page