top of page

Projek runding terus telus, dedah senarai penerima jika berani - Guan Eng



Adakah pendedahan 'besar' Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam hanya gimik mengalihkan isu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar Prosedur Standard Operasi Covid 19 kerana gagal mengkuarantin dirinya selepas pulang dari luar negara?


Sekiranya benar Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH), Lim Guan Eng meluluskan projek runding terus sebanyak RM6.6 bilion secara korup mengapakah Tengku Zafrul tidak bersetuju dengan permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu penerima projek disenaraikan?


Ahli Parlimen Bagan, Guan Eng dalam kenyataannya menegaskan sebarang projek runding terus pada era PH telah dibuat mengikut prosedur, dibawa ke kabinet dan tidak melanggar undang-undang.


"Menteri Kewangan sebut Kementerian Kewangan zaman PH luluskan 101 projek secara langsung bernilai RM6.6 bilion dalam tempoh 22 bulan. Ataupun RM 65.3 juta secara purata setiap projek.


"Kerajaan PH mengamalkan tender terbuka, tetapi pengecualian diberi tertakluk kepada syarat tertentu seperti perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan yang berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara, kepakaran khusus yang diperlukan dan sebagainya. Tambahan pula, ia melibatkan keputusan Kabinet. Semua prosedur telah dipatuhi," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, Guan Eng mencabar Tengku Zafrul mendedahkan keseluruhan senarai penerima projek sekiranya berani. Sama ada pada era pemerintahan BN, PH dan Perikatan Nasional.


"Menteri Kewangan dicabar dedahkan senarai penuh tender secara langsung oleh PH, PN dan BN. Jangan sembunyi dan sorok-sorok. Kita tengok nanti siapa yang kantoi. Tengok kroni-kroni siapa yang dapat projek.


"Atau takut kalau terbongkar bahawa Perdana Menteri dan Menteri-menteri "Pengkhianat" pun ada minta tender "direct award" daripada saya semasa menjadi Menteri Kewangan? Jangan suka baling batu sembunyi tangan. Berani kerana benar," katanya lagi.


Untuk rekod, projek rundingan terus dibenarkan di sisi undang-undang sekiranya memenuhi syarat; i) Untuk keperluan yang mendesak; ii) Mestilah satu syarikat sahaja; iii) Syarikat mestilah bumiputera dan layak.


Projek rundingan terus pada zaman PH kebanyakannya dari Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri yang melibatkan isu keselamatan negara.


Oleh itu, cabaran Guan Eng berasas dan kerajaan PN mungkin tidak akan berani mendedahkannya kerana menteri kerajaan PN akan terkait dengan pemerolehan tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page