top of page

Projek RM5 bilion hanya diberi kepada satu syarikat?



Pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli berhubung tadbir urus yang buruk di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menemui angka RM5 bilion projek telah diluluskan kepada hanya satu syarikat.


Umum tidak begitu mempersoalkan tender ke atas projek tebatan banjir yang perlu dilaksanakan segera demi melindungi harta benda dan nyawa rakyat, tetapi apakah hanya satu syarikat yang mampu melakukannya?


Dakwa Rafizi, projek yang diluluskan oleh menteri-menteri BN (Umno) dan PN (Pas) selepas Parlimen dibubarkan itu tidak melibat syarikat lain kecuali sebuah syarikat kroni Umno.


Bagaimanapun, katanya sehingga kini projek-projek yang telah diluluskan masih tidak dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) akibat daripada pendedahan-pendedahan yang beliau lakukan.


"Jadi persoalan saya kenapa projek-projek besar KASA diberikan sebahagian besarnya secara rundingan terus atau tender terhad hanya kepada sebuah syarikat sahaja?


"Setakat yang saya dedahkan, projek-projek yang berjumlah hampir RM5 bilion telah diberikan kepada satu syarikat sahaja," katanya dalam sati kenyataan.


Tegas calon Ahli Parlimen Pandan itu, monopoli projek besar oleh satu syarikat akan menyebabkan kerajaan tidak mendapat harga yang terbaik berbanding jika diadakan secara tender terbuka. Anggaran penjawat-penjawat awam yang memberikan maklumat itu, katanya, menyebut kos sebenar boleh dijimatkan sebanyak 30% iaitu sebanyak RM150 juta.


Justeru Rafizi mengingatkan para pengundi yang akan memilih kerjaaan pada 19 November ini mengenai pembaziran yang dihadapi kerajaan BN - PN dalam tadbir urus buruk akan berterusan sekiranya mereka tidak ditumbangkan dalam pilihan raya.


"Saya ingin mengingatkan pengundi-pengundi bahawa projek-projek ini belum dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) hanya apabila saya mendedahkan kepincangan dalam proses perolehan.


"Namun jika BN atau PN menang dalam PRU15, dengan kelulusan yang telah diberikan setakat ini, projek-projek ini akan terus diberikan kepada syarikat yang telah ditetapkan.


"Maka sia-sialah pengorbanan penjawat awam yang mengambil risiko mendedahkan perkara ini demi memperbetulkan kepincangan perolehan yang berlaku," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page