top of page

Projek rintis sekolah untuk anak golongan miskin bakal disegerakan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 7, 2023
  • 1 min read


Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar untuk memperkenalkan jenis sekolah baharu yang menyasarkan kepada anak-anak daripada golongan paling miskin di negara ini.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata kementeriannya akan berusaha merealisasikan konsep yang membabitkan mekanisme khusus itu benar-benar berjaya dan menjangkakan projek rintis sekolah baharu untuk golongan termiskin di negara ini dijangka dapat dilaksanakan seawal tahun depan.


"Disebabkan sekolah ini adalah program khas, mesti ada hala tuju, kaedah dan mekanisme jelas untuk memastikannya benar-benar berjaya. Apabila disebut sebagai khusus untuk anak miskin, pendekatannya juga pasti ada sedikit berbeza dalam usaha menjayakannya.


"Sebenarnya sekolah untuk anak-anak miskin ini memang sentiasa dalam perancangan dan kita akan maklumkan sedikit masa lagi untuk pastikan sekolah ini benar-benar siap untuk beroperasi," katanya selepas merasmikan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.


Anwar pada Sabtu, ketika menyatakan hasrat agar sekolah itu diwujudkan berkata, pelaksanaan jenis sekolah berkenaan akan berpandukan kerangka sekolah menengah sains serta berasrama penuh bagi membolehkan golongan berkenaan berpeluang mendapat akses pendidikan, walaupun keputusan peperiksaan mereka kurang memberangsangkan.


Melalui langkah itu jelas Anwar ia akan memberi akses pendidikan yang adil dan manusiawi selain dapat memastikan tiada mana-mana golongan akan terciri.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page