top of page

Projek Rel Kita Selangor: Teroka kerjasama strategik dengan CCCC

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

DS Amirudin mengadakan pertemuan dengan Pengerusi CCCC, Song Hailiang di Beijing
DS Amirudin mengadakan pertemuan dengan Pengerusi CCCC, Song Hailiang di Beijing

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor sedang meneroka kerjasama strategik dengan syarikat gergasi infrastruktur China, China Communications Construction Co. Ltd. (CCCC) bagi memperkukuh rangkaian pengangkutan dan pembangunan ekonomi negeri.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dengan pembangunan yang semakin rancak, Selangor memerlukan sambungan rel dan infrastruktur moden yang bukan sahaja memendekkan masa perjalanan, malah mengurangkan kesesakan, mempercepat logistik serta membuka peluang perniagaan baharu.


"Projek infrastruktur sebegini bakal merangsang pertumbuhan ekonomi sepanjang koridor, mewujudkan peluang pekerjaan teknikal dan pengurusan, memperkukuh rantaian bekalan tempatan serta memberi limpahan manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Amirudin kini dalam misi perdagangan dan pelaburan rasmi ke China dari 23 hingga 30 September.


Pada Khamis, beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi CCCC, Song Hailiang bersama barisan pengurusan tertinggi syarikat itu di Beijing.


Pertemuan itu untuk menilai potensi kerjasama membangunkan Jajaran Rel Kita Selangor yang sedang dirancang Kerajaan Negeri.


Tambah beliau, kerjasama ini diyakini mampu melonjakkan kedudukan Selangor sebagai hab ekonomi serantau serta mengukuhkan peranan negeri sebagai pintu gerbang ke ASEAN.


"Rekod prestasi mereka menunjukkan kepakaran yang kukuh bukan sahaja dalam rel tetapi merentasi spektrum luas sektor pembinaan, pengalaman yang sangat relevan dengan keperluan Selangor.


"Selangor pula memiliki asas kukuh untuk menyokong pelaburan antarabangsa menerusi Pelabuhan Klang dan KLIA sebagai hab logistik utama, selain ekosistem perniagaan yang rancak," tambah Amirudin.


Beliau turut menjelaskan, Selangor juga bersedia meneroka kerjasama lebih luas dengan CCCC termasuk dalam pembangunan pelabuhan, lebuh raya dan sistem transit bandar yang menyokong pembangunan negeri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page