top of page

Projek perumahan jangan pinggir golongan kurang kemampuan



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pembinaan projek perumahan baharu tidak boleh menyisihkan golongan berpendapatan rendah.


Pada ucapan bagi merasmikan majlis pecah tanah di Desa Tasik Biru Sungai Besap petang Khamis, Anwar menegaskan projek perumahan baharu perlu seimbang bagi mewujudkannya sebagai ibu kota prihatin dan ibu kota Madani.


"Tantangan pastinya golongan berpendapatan rendah tidak disisihkan daripada arus pembangunan, selain memastikan lebih banyak perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dibina," katanya dalam satu hantaran di media sosial.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan


Pembangunan projek Desa Tasik Biru membabitkan di kawasan seluas 1.4 hektar dengan membabitkan 910 unit rumah Residensi Wilayah yang berkeluasan 902 kaki persegi (83.8 meter persegi) dan 908 kaki persegi (84.4 meter persegi) dengan harga jualan RM300,000 seunit.


Unit kediaman itu ditawarkan kepada individu berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000.00 (berkahwin) serta dilahirkan atau bekerja atau menetap di Kuala Lumpur.


Manakala 100 unit Residensi Prihatin Madani merupakan inisiatif yang dijayakan di bawah gagasan Malaysia Madani bagi menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan sasaran M40 dan B40.


"Moga ia dimanfaatkan dan berguna kepada mereka yang memerlukan, InshaAllah," tambah Anwar dalam hantaran tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page