top of page

Projek perumahan, ban pecah bukan punca banjir Sri Muda



Dakwaan seorang wanita, Datuk Nazilah Idris bahawa ban pecah menjadi punca banjir luar biasa yang menenggelamkan Taman Sri Muda pada 18 Disember lepas tidak benar.


Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas, Ir Izham Hashim berkata, punca sebenar banjir adalah akibat curahan hujan 400mm sedangkan kemudahan saliran hanya mampu menampung 100mm hujan sahaja.


"Pertama nak nasihatkan dia. Ini tempat keselamatan, pintu air. (Jika mahu buat rakaman) minta kebenaran, jika ada pegawai, kita benarkan


"Dia nak cakap mengenai ban pecah menyebabkan banjir. Sebenarnya semua sedia maklum fenomena banjir baru baru ini ada ban, tak ada ban pun memang suasana yang luar biasa. Taburan hujan 400mm, kita boleh tampung 100mm, empat kali ganda memang kita tidak boleh tampung air berkenaan


"Ban pecah tidak timbul. Kalau air (sungai) melimpah memang berlaku (banjir). Kita teliti aliran air Sungai Rasau, yang bersambung Sungai Kelang. Berlaku limpahan air.


"Untuk masa depan kita bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) teliti lagi. Bersama Sg Rasau ini ada sambungan sungai, air yang naik ini masuk ke dalam. Kita akan bina pintu air di dalam ini. Satu ban lagi kita buat di hujung kawasan, itu diumum MB baru baru dalam perancangan menaik taraf," katanya dalam sidang media di pintu air Taman Sri Muda, petang semalam.


Mengenai isu taman perumahan yang sedang dibina dibangkitkan oleh Nazilah sebagai punca banjir, hal itu jelas Izham, tiada kena mengena kerana projek berkenaan telah diluluskan oleh kerajaan Selangor.


"Kedua, dia cerita mengenai perumahan. (Projek) rumah ini sah. Kita ada rekod MBSA.


"Saya dah lihat dan teliti kebenaran merancang diberi pada 2015 dan submission diluluskan pada 2017. Semua yang diminta dipenuhi dan projek pun belum siap dan tidak ada kena mengena dengan banjir," katanya bagi menjawab dakwaan Nazilah yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kota Raja.


Selain itu, isu banjir di Sri Muda, tambah Izham telah diteliti dan ada beberapa projek dirancang bagi mengatasi banjir yang telah diluluskan namun belum dimulakan ketika bencana berlaku.


Manakala pada hari kejadian, tegas Izham, pam air tidak berfungsi kerana putus bekalan elektrik dan Kerajaan Negeri akan mencari alternatif untuk menggunakan generator mudah alih pada masa hadapan.


"Saya nak bagi tahu Sri Muda adalah kawasan rendah. Banyak lagi kawasan rendah seperti Kebun Bunga, Taman Mesra di Batu Tiga. Kawasan rendah apabila berlaku curahan air (hujan) yang banyak, kita kena tutup pintu air. Kalau tidak air Sg Klang masuk ke sini.


"Bila kita tutup, kaedahnya ialah pam. Malangnya semua pencawang TNB di sini tenggelam. Bila kita putus bekalan ada dua tempat pam satu di sini satu di kolam takungan. Di sini kita gunakan minyak (diesel) tetapi minyak tak efisyen elektrik. Masa depan kita fikirkan kalau banjir kita boleh teruskan tanpa bergantung kepada TNB.


"Pam sini ada dua, dan dua yang lama. Yang baru bernilai RM10 juta nak buat di hujung sana. Kalau siap nanti kita ada tiga pam.

"Skru pam (teknologi baharu) yang baru ini dia akan menampung kapasiti yang lebih baik. Kolam pun akan kita dalamkan dan bina (satu) pintu air baru. Ini perkara yang kita luluskan," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page