top of page

Kemelut politik N Sembilan berjaya diurus, diselesaikan dengan baik

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 3 days ago
  • 1 min read

Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kekal utuh apabila kemelut berkaitan pengurusan pentadbiran negeri berjaya diselesaikan hasil pertemuan pimpinan tertinggi UMNO-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) semalam.


Perkembangan positif itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.


"Jemaah Menteri pada hari ini turut mengambil maklum bahawa isu yang melibatkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan telah berjaya diurus dan diselesaikan dengan baik selepas pertemuan pimpinan tertinggi UMNO-BN dan PH semalam.


"Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kekal mentadbir dengan dipimpin Datuk Seri Aminuddin Harun. 


"Sebarang isu yang berbangkit selepas ini akan dirujuk kepada pimpinan utama berlandaskan perjanjian yang telah dimeterai antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan," katanya.


Pada 3 Mei lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan krisis kepercayaan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO mewakili BN terhadap Aminuddin ketika ini hampir berakhir.


Landskap politik di Negeri Sembilan secara tiba-tiba berdepan ketidaktentuan bermula 27 April lalu apabila UMNO-BN negeri itu menarik sokongan terhadap kepimpinan Aminuddin susulan krisis membabitkan Institusi Adat dan Perlembagaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page