top of page

Projek perintis Dasar Gaji Progresif akan dilaksana segera



Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong telah mengeluar arahan agar kementerian itu segera melaksana projek perintis Dasar Gaji Progresif.


Beliau berkata, bagi memastikan golongan pekerja mendapat gaji yang lebih bermaruah dan wajar, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Ekonomi untuk menjayakan pelaksanaan projek tersebut dan usaha lain bagi mereformasikan pasaran buruh negara.


"Setelah diberikan amanah sebagai Menteri Sumber Manusia, saya meletakkan tiga teras utama yang ingin saya tekankan di kementerian ini iaitu memperkukuh kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan keberhasilan (produktiviti) pekerja," katanya dalam kenyataan.


Melalui kenyataan sama, beliau turut memaklumkan KSM akan merangka Dasar Sumber Manusia Negara sebagai panduan utama bagi menyokong ketiga-tiga teras utama.


Selain itu ia bagi mempersiap pasaran buruh yang mampu mendepani cabaran masa hadapan seperti perkembangan teknologi digital, agenda negara menua, ekonomi hijau, ketidakpadanan pekerjaan dan keperluan pekerjaan wajar selaras dengan kerangka Ekonomi Madani.


Sim juga berkata beliau bersama timbalannya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad telah mengadakan sesi jelajah ke setiap jabatan dan agensi bagi memahami fungsi serta peranan dalam kementerian sebelum membuat perancangan untuk mengoptimumkan fungsi bagi setiap jabatan dan agensi

.

"Kementerian Sumber Manusia akan tetap berpegang kepada prinsip integriti, ketelusan dan tatakelola yang baik berpandukan nilai-nilai Madani dalam setiap tindakan yang dibuat demi kebaikan kaum pekerja, rakyat secara amnya dan negara," tambahnya.


Beliau sementara itu turut memaklumkan pelantikan Bendahari Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia (NUBE) dan Ahli Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Chee Yeeh Ceeu sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas.


"Sejak awal pelantikan, saya telah menyatakan iltizam untuk berdiri bersama pekerja. Oleh itu, saya berbesar hati melantik seorang aktivis kesatuan sekerja...


"Beliau adalah seorang aktivis gerakan buruh yang mempunyai 15 tahun pengalaman aktif dalam pergerakan kesatuan sekerja dan pelantikan ini membolehkan penglibatan yang lebih rapat kaum pekerja dalam pembuatan dasar di peringkat kementerian," katanya menurut kenyataan tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page