top of page

Projek pembesaran lapangan terbang Bayan Lepas dipercepat



Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mempercepat proses peruntukan bagi projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu bagi menampung jumlah penumpang di LTAPP yang semakin bertambah.


"Pulau Pinang sendiri terkenal sebagai lokasi tarikan pelancongan yang berjaya namun berdepan masalah kesesakan di LTAPP.


"Untuk melaksanakan projek ini sudah semestinya memerlukan kajian dan daripada segi Kerajaan Persekutuan, projek ini mungkin bermula pada akhir tahun.


"InshaAllah, hari Rabu depan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, mungkin selepas mendapatkan laporan, saya nak tahu boleh tak kita percepatkan (projek pembesaran LTAPP) ini," katanya dipetik di Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan-Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai pada Jumaat.


LTAPP telah dinaik taraf pada 2013 untuk menampung 6.5 juta penumpang setahun tetapi penumpang berkembang pesat, menjelang 2019, ia mencatatkan sejumlah 8.3 juta penumpang setahun.


Kementerian Pengangkutan meluluskan cadangan pembesaran LTAPP ketika pentadbiran Pakatan Harapan 1.0 tetapi ia ditangguhkan selepas berlaku pertukaran pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada awal tahun 2020.


Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Belanjawan 2023 mengumumkan pembesaran LTAPP dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page