Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengesahkan bahawa Projek Mitigasi Bayan Baru dijangka siap pada Februari 2022.
Ini setelah banjir kilat berlaku di Bayan Baru dan Taman Iping Batu Maung baru-baru ini.
“Perkara ini mendapat perhatian saya. Saya melawat projek RTB Bayan Baru untuk mengetahui perkembangan terkini.
“Rancangan Tebatan Banjir Bayan Baru telah mula October 2018 dan Rancangan Tebatan Banjir Taman Iping mula November 2018,” katanya.
Kedua-dua projek itu memakan belanja lebih kurang RM40 juta.
“Perkembangan projek pada tahap 85 peratus. Mereka dijangka siap bulan Februari 2022.
“Saya yakin selepas projek ini siap, keadaan banjir kilat boleh diatasi,” kata Sim.
Comentarios