top of page

Projek lewat: KEADILAN Sarawak gesa lakukan audit forensik

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 12, 2023
1 min read



Audit forensik perlu dibuat bagi mengenal pasti punca kelewatan dan kegagalan beberapa projek yang dijalankan di Sarawak.


Gesaan itu disuarakan Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit yang tidak faham punca projek di kawasannya sangat sukar untuk disiapkan.


"Saya sangat kecewa apabila beberapa projek di Parlimen Hulu Rajang tidak siap-siap.


"Antara yang tidak siap mengikut jadual adalah Klinik Kesihatan Long Busang, Jalan Jiwa Murni dari Belaga ke Merit," katanya.


Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, masalah kepada projek-projek yang dilaksanakan itu turut diakui Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


Justeru tegasnya, Kerajaan Negeri Sarawak perlu mendedahkan senarai nama kontraktor yang diberi tender menjalankan projek-projek yang dianggap gagal itu.


"Mengapa tidak semak betul betul kebolehan kontraktor menyiapkan projek berkualiti dalam tempoh masa yang diberikan.


"Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi, siarkan nama kontraktor terlibat supaya rakyat tahu siapa mereka," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page