top of page

Projek LCS berjalan tetapi rekabentuk pun belum lulus - Fahmi



Mantan Perdana Menteri Najib Razak yang sibuk berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangguhkan projek sebagai punca pembinaan kapal peronda pesisir (LCS) gagal disiapkan mengikut jadual perlu menjawab apakah yang dilakukan oleh pentadbiran beliau apabila sehingga kini rekabentuk kapal berkenaan pun belum diluluskan lagi.


Hal itu didedahkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil dalam wawancara khas bersama Suara Keadilan malam tadi.


Menurut beliau, ibarat membina rumah sekiranya sijil layak menduduki (CF) tidak lulus maka rumah tersebut mungkin tidak diduduki meskipun telah siap.


"Kenyataan (mantan Menteri Pertahanan) Mohamad Sabu dan (mantan Timbalan Menteri Pertahanan) Liew Chin Tong, projek ini berjalan tetapi ada aspek reka bentuk yang tak lulus lagi.


"Ada komponen perlukan kelulusan Naval Group France. Itu (kontraktor) perlu bayar hampir RM200 juta dan proses untuk dapatkan kelulusan itu makan masa setahun atau lebih.


"Dia bukan segera, kalau nak dimudahkan sama macam kalau kita nak dapat CF, semua kertas kerja kena siap. Untuk kapal dia kena tengok rekabentuk.


"Masalahnya BNS (kontraktor) perlu bayar hampir RM200 juta untuk kelulusan. Bila Menteri Pertahanan di Dewan Negara semalam berkata beliau mengharap 1 - 2 tahun kapal pertama sampai, saya rasa itu teramat optimis," katanya.


Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga menafikan tuduhan Najib bahawa kerajaan PH telah menghentikan projek LCS, kerana berdasarkan rekod, katanya hanya ada tempoh siasatan beberapa bulan yang mungkin mengurangkan progres projek tetapi tidak pernah berhenti.


"Isunya PH tak pernah minta benda itu dihentikan.


"Kita faham perolehan ini penting untuk keselamatan negara. Pada 2020 kita (pernah) minta tangguh projek ini (siasatan) kerana kita nak tahu 3 perkara. Kita nak tahu apa yang menyebabkan keseluruhan isu ini," katanya.


Menjawab pertanyaan moderator bagaimana orang kampung akan faham pembaziran projek LCS tersebut, Fahmi memberi analogi dengan bahasa yang mudah.


Ibarat seseorang mahu bina rumah gaya Minangkabau tetapi kontraktor mengubahnya kepada gaya Bali. Tentunya harga berlainan apabila Tentera Laut Diraja Malaysia mahukan reka bentuk Sigma tetapi kontraktor kapal mahukan reka bentuk Gowind dan dipersetujui pula oleh Menteri Pertahanan.


"Misalnya saya nak buat rumah. Saya nak buat rumah Minangkabau sebab kawasan itu di Negeri Sembilan, sesuai dengan kawasan. Tiba tiba kontraktor datang balik. Dia kata tak sesuai, elok design Bali, siap semua reka bentuk Bali.


"Benda ini (tukar rekabentuk) Najib Razak terlibat, Zahid Hamidi, Hishamudin Hussein. Kita lihat keputusan yang dibuat, kenapa?


"Sekitar 2010 - 2011 pula ada beberapa perkara penting berlaku. Waktu itu Panglima Tentera Laut beri teguran design kontraktor waktu itu dan beberapa isu yang perlukan penjelasan.


"Macam mana Menteri Pertahanan setuju. Minta penjelasan dari spek Sigma (kapal perang) kepada design kapal peronda Gowind.


"Menteri Pertahanan waktu itu mengapa dia dengar cakap kontraktor? Atau ada orang lain minta (tukar design), waktu Menteri Pertahanan Zahid Hamidi? Menteri Kewangan pula siapa? Najib Razak, Perdana Menteri siapa? Najib.


"Dalam isu pertahanan negara (kontrak besar) menteri yang tanggungjawab Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan PM," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page