top of page

Projek lapangan terbang KXP masih kabur walau ada pelabur



Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat hanya mahu menutup kelemahannya sendiri apabila terus memperkatakan isu projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).


Bekas Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Ir Zamri Yusuf berkata, beliau sendiri sedar bahawa projek berasaskan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) adalah di luar kemampuan Kerajaan Negeri pada ketika ini.

"PFI ini merupakan sesuatu yang besar dan dari segi pulangan baliknya adalah perlahan. Jadi ini isu yang susah orang hendak faham. Kalau beliau bercakap pada tahun pertama (mentadbir) mungkin orang akan memberikan peluang, beri masa.


"Tetapi ini sudah masuk ke tahun ketiga dan keempat masih belum lagi terlaksana, sudah luput tarikh untuk berbulan madu," katanya.


Laporan sebelum ini memetik Sanusi sebagai berkata semua keperluan yang menjadi syarat untuk membangunkan projek KXP telah hampir dipenuhi dan pelabur baharu telah masuk untuk memulakan projek tersebut.


Namun menurut Zamri yang juga bekas wakil rakyat DUN Suka Menanti, Kerajaan Negeri sebelum ini pun sudah berkali-kali menukar pelabur kerana sebagai penyedia dana, mereka juga perlu melihat apa yang boleh diperolehi hasil daripada pelaksanaan projek KXP tersebut.


Dalam pada itu, Zamri tidak menolak projek berkenaan tidak berdaya maju memandangkan Kedah bukanlah negeri industri maju atau negara perniagaan entreport seperti Singapura untuk menyediakan satu lapangan terbang kargo sebagaimana konsep yang dinyatakan oleh pentadbiran Sanusi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page