top of page

Projek Kota MADANI Putrajaya, Bandar MADANI Bukit Jalil di landasan tepat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 13 minutes ago
  • 2 min read

DS Anwar mendengar taklimat mengenai pembangunan Kota MADANI dan Bandar MADANI Bukit Jalil
DS Anwar mendengar taklimat mengenai pembangunan Kota MADANI dan Bandar MADANI Bukit Jalil

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima taklimat berhubung perkembangan beberapa projek pembangunan utama di Kuala Lumpur dan Putrajaya, termasuk projek baharu berteraskan konsep MADANI serta pembangunan semula kawasan strategik.


Menurut beliau, projek-projek utama yang dirancang kerajaan berjalan mengikut jadual dan menampilkan ciri pembangunan moden yang berpaksikan kesejahteraan rakyat.


"Hari ini saya berkesempatan menerima taklimat mengenai perkembangan terkini beberapa projek pembangunan utama di Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya dalam muat naik di media sosial


Perdana Menteri berkata, projek baharu seperti Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil menunjukkan kemajuan positif dan mematuhi sepenuhnya prinsip pembangunan MADANI.


"Projek baharu seperti Kota MADANI Putrajaya dan Bandar MADANI Bukit Jalil berada di landasan yang tepat, dengan penerapan sepenuhnya elemen-elemen MADANI, termasuk konsep sekolah vertikal dan kemudahan komuniti yang lebih bersepadu," katanya.


Dalam taklimat itu, beberapa projek pembangunan semula di lokasi strategik turut dibentangkan. Anwar memaklumkan bahawa kerajaan memberi perhatian serius terhadap kelancaran projek tersebut, termasuk isu berkaitan pembinaan Masjid MADANI.


"Pada masa yang sama, projek pembangunan semula di beberapa lokasi strategik turut diberi perhatian rapi, malah saya turut meneliti isu berkaitan pembinaan Masjid MADANI dan mengarahkan agar proses pembinaan dipercepatkan supaya rakyat dapat menikmati manfaatnya tanpa berlengah."


PM menegaskan bahawa setiap pembangunan bandar perlu memberi impak nyata kepada kehidupan rakyat, termasuk pada aspek infrastruktur, kemudahan moden dan penjagaan identiti bandar.


Dalam masa sama, katanya, aspek pemeliharaan identiti dan warisan bandar perlulah dijaga rapi.


Beliau menambah bahawa semua usaha ini merupakan komitmen berterusan kerajaan untuk membina persekitaran urban yang lebih baik, progresif dan mampan.


"Insya-Allah, usaha bersepadu ini menjadi sebahagian daripada ikhtiar kita untuk membina bandar yang lestari, inklusif, dan progresif," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page