top of page

Projek janakuasa RM9.5 bilion: Kenapa TNB tidak bina sendiri?



Cadangan membina janakuasa elektrik di Kapar, Selangor membabitkan pembangunan sebuah loji turbin gas kitaran gabungan (CCGT) bernilai RM9.5 bilion seharusnya dilakukan sendiri oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan bukannya melibatkan syarikat yang lebih kecil dan tidak diketahui pengalamannya.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, projek mega tersebut seharusnya tidak dibuat secara usahasama antara TNB dengan Widad Business Group (WIDAD), yang mana TNB memegang 60% kepentingan dan WIDAD memegang 40%.


"TNB merupakan syarikat gergasi elektrik terbesar di Malaysia. Mereka memiliki dan telah membina loji kuasa yang banyak, menguasai grid pengagihan kuasa, serta merupakan pembeli elektrik terbesar di negara ini. Persoalannya, mengapakah TNB tidak boleh membangunkan loji kuasa ini dengan keupayaan sendiri?


"Semakan maklumat korporat mendapati bahawa WIDAD hanya sebuah syarikat yang bersaiz sederhana (RM1 bilion pada bulan September 2022) berbanding TNB bernilai RM48 bilion. Syarikat tersebut jelas tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan loji turbin gas kitaran gabungan bersaiz 2,100 MW," katanya dalam satu kenyataan.


Dakwa Chean Chung lagi, rakyat masih ingat projek yang mirip usahasama sedemikian iaitu pembinaan loji kuasa 2,000MW kepada sebuah syarikat “ternama” – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun 2014.


Akibat usahasama berkenaan, dakwanya, rakyat terpaksa menjelaskan hutang 1MDB dengan kadar faedah yang amat tinggi.


"Saya mendesak Menteri peralihan KETSA daripada Pas PN iaitu Datuk Seri Takiyuddin dan Pengerusi TNB Datuk Seri Hasan Arifin daripada Umno BN tampil memberikan penjelasan kepada rakyat dalam kadar segera.


"Saya juga akan terus membongkar melalui Jelajah #AyuhMalaysia dan #Kitaboleh supaya rakyat sedar bahawa ‘muafakat’ antara Umno-Pas boleh dijalin melalui cara sebegini," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page