Projek Infrastruktur 2026: DUN Batu Uban terima peruntukan RM2.35 juta
- Suara Keadilan

- May 23
- 2 min read

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan, mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.35 juta bagi pelaksanaan tujuh projek infrastruktur utama di kawasan itu bagi tahun 2026.
Menurut beliau, pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media selepas isu berkaitan penyelenggaraan kawasan dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri sebelum ini kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia, Pulau Pinang.
"Bagi tahun 2026, sebanyak RM2.35 juta telah diperuntukkan untuk melaksanakan tujuh projek besar melibatkan kawasan Lip Sin, Sungai Dua, Bukit Jambul, Batu Uban, Bukit Gambir dan Minden Heights," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kerja-kerja projek dijangka bermula pada Jun 2026 dan dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Disember tahun yang sama.
Kumaresan menjelaskan bahawa semua projek tersebut adalah hasil daripada isu yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Timur Laut, selain maklum balas yang diterima daripada masyarakat setempat.
"Kami juga mengambil kira setiap aduan dan pandangan yang diterima daripada masyarakat melalui media sosial bagi memastikan keutamaan dan keperluan penduduk terus diberikan perhatian sewajarnya," ujarnya.
Antara projek yang akan dilaksanakan ialah Lengkok Nipah – Naik taraf laluan pejalan kaki (RM200,000), Lintang Permai – Penyelenggaraan longkang (RM200,000), Jalan Helang – Naik taraf laluan pejalan kaki (RM200,000), Lorong Endah, Batu Uban – Penyelenggaraan jalan (RM500,000), Lorong Rumbia 1 & 2 – Penyelenggaraan jalan (RM500,000), Lorong Nipah 4 – Penyelenggaraan jalan (RM500,000), Jalan Bukit Gambir, Jalan Sungai Dua, Batu Uban dan kawasan sekitarnya – Penyelenggaraan garisan jalan (RM250,000).
Selain itu, kerja penyelenggaraan garisan jalan turut akan dijalankan di Jalan Bukit Gambir, Jalan Sungai Dua dan kawasan sekitar bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak JKR serta pegawai teknikal yang terlibat atas kerjasama dalam menjayakan perancangan projek tersebut.
"Saya akan terus memastikan isu-isu infrastruktur dan keperluan rakyat di Batu Uban diberikan perhatian sewajarnya demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk," katanya.




It's good to see clear updates on infrastructure projects and a timeline for when the improvements are expected to be completed. On the entertainment side, I've been spending some free time with Rocket Goal and it's a fun little game that's easy to jump into and surprisingly relaxing after reading the news.