top of page

Projek impak tinggi, kampung tersusun keutamaan Kerajaan di Kedah



Projek berimpak tinggi yang boleh menjana peluang pekerjaan dan projek kampung tersusun bagi membasmi kemiskinan tegar merupakan tumpuan utama Kerajaan Persekutuan di Kedah.


Hal itu diutarakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kedah semalam


Katanya, projek untuk memajukan rakyat sentiasa menjadi perhatian bagi mengelakkan rakyat Kedah ketinggalan berbanding negeri lain.


"Seperti kelaziman taklimat pembangunan di negeri-negeri, saya hadir bagi mendengar sendiri pandangan dan cadangan pembangunan daripada Kerajaan Kedah, terutama bagi menyelaras keutamaan antara Persekutuan dan negeri.


"Pelbagai projek pembangunan dan perancangan seperti menaik taraf dan membina infrastruktur kemudahan rakyat telah dibentang dan dibincangkan, merangkumi aspek keterjaminan makanan, infrastruktur asas, pembangunan kawasan, pelancongan dan pendidikan.


"Keutamaan saya pastinya mengenai miskin tegar. Dalam taklimat, saya dimaklumkan terdapat kira-kira 2,500 keluarga masih berada dalam kelompok miskin tegar di Kedah.


"Saya arahkan agensi Persekutuan untuk segera menyelaras tindakan bersama Kerajaan Negeri dengan sasaran membasmi miskin di Kedah dalam tempoh dua bulan," katanya.

Dalam taklimat berkenaan Menteri Besar Kedah juga maklumkan inisiatif kampung tersusun oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan termiskin di negeri itu.


"Saya minta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengadakan perbincangan lanjut dan menjadikan projek ini sebagai keutamaan.


"Saya tekankan kepada Kerajaan Negeri dan kementerian untuk melihat projek-projek berimpak tinggi yang memberi kesan langsung kepada penduduk Kedah keseluruhannya.


"Saya turut maklumkan ramai pelabur yang berminat untuk melabur di Kulim serta beberapa negeri lain, namun menuntut negara menyediakan sumber tenaga berkemahiran tinggi yang mencukupi," katanya.


PM sewaktu mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kedah

Dalam pada itu, PM turut meminta Timbalan Perdana Menteri untuk melihat isu bagaimana meningkatkan penghasilan pelajar-pelajar TVET bagi memenuhi permintaan industri berteknologi tinggi.


Kementerian Kerja Raya juga, katanya, diminta melihat semula keutamaan perancangan pelaksanaan projek-projek infrastruktur mengikut kesesuaian permohonan diperingkat negeri.


"Saya juga bersetuju supaya sebahagian daripada keluasan kawasan yang diwartakan sebagai tanaman padi dikeluarkan bagi memberi ruang kepada potensi pembangunan industri, komersial dan perumahan dilaksana di Kedah, sekali gus melonjakkam hasil negeri," katanya.


PM juga mengarahkan semua kementerian dan agensi perlu beri perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi di Kedah, bagi memastikan rakyat negeri ini terutama di luar bandar dapat menikmati manfaat jangka panjang.


Turut bersama dalam Taklimat Pembangunan Negeri Kedah ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan barisan Exco negeri Kedah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page