top of page

Projek ekonomi peneroka setiap Rancangan Felda RM100 ribu



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan dana RM100,000 kepada setiap Rancangan Felda untuk melaksanakan aktiviti nilai tambah ekonomi peneroka.


PM berpesan kepada peneroka agar berbincang dengan semua jawatankuasa dalam tanah rancangan bagi memanfaatkan peruntukan tersebut untuk melaksanakan penjanaan ekonomi.


"Tiap Felda susun jawatankuasa, imam, masjid, kampung. Kumpul dan cadang satu projek ekonomi tambahan. Saya lulus setiap rancangan RM100,000.


"Ada 317 rancangan (seluruh negara). Adakan mesyuarat, saya mahu semua diwakili, persatuan belia, wanita, silat, persatuan masyarakat bincang, kita boleh salurkan. Kalau 317, semua dapat," katanya pada sambutan Hari Peneroka Felda di Serdang pagi tadi.


PM juga menekankan perlunya koperasi peneroka Felda diurus dengan baik dan dilantik individu yang berkemahiran dalam pengurusan.


Selain itu, beliau dalam ucapannya turut membawakan konsep hijrah Nabi Muhammad SAW yang perlu diterapkan dalam diri peneroka Felda


Katanya, peneroka telah berhijrah dari tempat asal mereka untuk mengangkat martabat diri dengan memiliki tanah kebun dan rumah. Manakala bagi generasi baharu pula seharusnya berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik.


"Saya yakin kalau kita ada kefahaman betul, Felda ini, betul betul menjadi contoh terbaik bagaimana orang miskin diberi tanah, diangkat martabat mereka. Luar biasa hebat. Dan dengan syarat kita mesti berkorban.


"Namun jangan jadikan Felda tempat pecah belah, benci membenci dan perseteruan," katanya yang menyarankan masyarakat Felda seharusnya mempunyai muafakat yang baik, pendidikan baik dan menjadi generasi muslim yang boleh dijadikan contoh oleh semua.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page