top of page

Projek ECRL: Majoriti waris beri persetujuan pindah kubur di Selat Klang



Majoriti waris dan ahli keluarga yang terlibat dengan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Klang telah bersetuju untuk membenarkan proses itu dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ERCL).


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.


"Kita akan meneruskan perbincangan dengan pihak terbabit kerana majoritinya telah bersetuju...Alhamdulillah.


"Bagi kelompok waris yang belum bersetuju, kita beri ruang lagi seminggu untuk berbincang dengan pihak JAIS, PBT dan juga ECRL," katanya pada sidang media di Bangunan Wisma Dewan Negeri Selangor, Shah Alam semalam.


Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian waris dan ahli keluarga kekal membantah penggalian dan pemindahan kubur tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan JAIS pada Rabu lepas.


Kerja-kerja menggali dan memindahkan kubur yang dijadualkan pada 1 Mei ditangguh selama seminggu bagi memberikan ruang untuk proses pemakluman dan pendengaran kepada waris.


Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata, Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran 30,000 pengunjung termasuk dari luar negara ke Festival Turath Islami yang akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 26 Mei hingga 2 Jun ini.


Beliau berkata festival edisi kedua itu bertujuan menghidup dan menyebarkan warisan Islam di Selangor dengan dijadual dihadiri dua tokoh ulama dunia iaitu bekas Mufti Agung Mesir Maulana Al-Imam Dr Ali Jum’ah dan Habib Umar Hafiz.


"Dengan kehadiran dua tokoh ulama dunia itu serta 23 ulama besar dari negara serantau termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, kita yakin kehadiran pengunjung akan meningkat tiga kali ganda berbanding sekitar 10,000 tahun lepas.


"Penganjuran festival kali kedua ini adalah petanda komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk menyebarkan dan menghidupkan warisan Islam," katanya.


Amirudin berkata festival itu akan diisi dengan 12 acara utama termasuk pengajian kitab Hadis Empat Puluh karangan Imam Nawawi yang akan dipimpin oleh Al-Imam Dr Ali Jum’ah selain seminar antarabangsa berkenaan kitab Riyadhu al-Solihin.


Orang ramai yang berminat untuk menyertai festival itu diminta membuat pendaftaran mulai hari ini menerusi laman web www.turathislamiselangor.com.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page